Terlebih dahulu, sebelum pergi lebih jauh tentang Futures trading. Aku bawakan pepatah omputeh yang berbunyi “Don’t ask the barber whether you need a haircut”. Faham kan? Jadi adalah lebih baik anda sendiri buat penilaian ke atas diri sendiri. Kenapa nak minta pendapat orang lain? Sebab lain orang akan ada kepentingan sendiri. Kalau kau tanya aku, mesti aku akan bias kepada jawapan yang menguntungkan aku sendiri. Logik kan?
Mari Bersoal Jawab tentang Futures Trading
“Aku ni kerja tak tentu masa, macam mana nak trade Futures?”
Jawapan: Tak payah! kerja je elok-elok. Mustahil untuk trade jika tak ada masa walaupun untuk buat order. Tak tentu masa lagilah tak sesuai.
“Aku kerja adalah sikit masa, tapi opis block akses ke trading platform”
Jawapan: Boleh bikin. Sebab dah banyak broker di Malaysia sediakan mobile trading platform.
“Macam mana nak trade kalau selalu masuk meeting?”
Jawapan: Tak payah! Kalau nak juga, cari market yang aktif waktu malam seperti Crude Oil Futures atau Soybean Oil Futures. Boleh trade lepas office hour.
“Tak ada masa sangat nak tengok chart, boleh ke trade?”
Jawapan: Boleh, dengan syarat kau power dan master bab Cycle Analysis.
Jadi, ini adalah antara dilemma bagi individu bekerjaya. Rata-rata punyai masalah untuk buat analisis atau untuk masuk order. Beberapa tahun dulu mungkin nak masuk order ni agak payah. Sebab tiada akses kepada mobile trading platform. Tapi sekarang dah ada mobile trading yang mana trader boleh akses dan buat order dari mana-mana saja. Janganlah kata kuota habis pula, takkan tu pun aku nak kena topupkan untuk kau? haha
Alternatif Futures Trading Untuk Bekerjaya
Di Malaysia, tak dinafikan Crude Palm Oil Futures (FCPO) adalah Futures instrument yang paling popular. Sebab ia diisytiharkan patuh Shariah oleh Suruhanjaya Sekuriti. Boleh baca SAC SC untuk penerangan lanjut. Namun, masalah paling besar adalah tentang masa aktif trading untuk FCPO adalah pada waktu pejabat dan sangat terhad. Ini boleh jadi kekurangan paling nyata untuk individu bekerjaya. Yela, market FCPO buka masa office hour. Macam mana nak trade part time? Nak buat kerja hakiki lagi kan?
Alternatif #1 – Trade Foreign Market
Selain dari FCPO ada beratus-ratus instrument Futures yang didagangkan di dunia. Jadi, jangan kerana tak boleh trade FCPO bermaksud tak boleh trade Futures. Boleh saja kawan. Antara instrument yang bagus untuk individu bekerjaya adalah dari Exchange di USA seperti Crude Oil Futures (CL), Soybean Oil Futures (ZL), Copper Futures (HG), Natural Gas (NG) dan banyak lagi. Market yang didagangkan di exchange USA sangat aktif antara 8:00PM hingga 12AM waktu Malaysia. Jadi, bolehlah kita trade secara part time sebelum tidur. Tak gitu?
Alternatif #2 – Trade swing Spread FCPO
Swing? Gila kau nak swing market Futures. Berapa besar modal aku nak kena ada? Buatnya market gap macam mana? Sabar, sabar.. Baca balik. Aku tak kata pun swing FCPO, tapi swing Spread FCPO. Spread adalah satu lagi market derivative yang kurang popular, tapi aku suka je benda-benda yang tak popular ni. Orang kata, kalau jumpa lombong emas buat apa bising-bising. Kita mining la sorang-sorang, ye dak?
Apa kelebihan Spread FCPO berbanding outright FCPO? Spread lebih perlahan, jadi kita rasa diri kita lebih laju dan sempat untuk masuk order. Tak perlu kelam kabut macam nak masuk order dekat Futures outright yang agak laju. Satu lagi, perangai spread yang hampir tiada gap. Kalau ada pun, once in a blue moon la orang kampung aku kata. Jadi, nak hold position pun tak risau sangat.
Rasanya, dua alternatif ni pun dah cukup. Sebab ini yang aku sendiri buat masa kerja sebagai enjinia database di syarikat Multinational pada suatu masa dulu. Yang penting kalau nak trade bila kita ni bekerjaya adalah, pastikan kerja hakiki tak terabai. Prioriti masih pada kerja yang berikan anda gaji tiap bulan. Faham kan? Jangan curi tulang masa trading, hokkay 🙂
Nak belajar trading Swing FCPO Spread? Boleh usya2 pakej konsultansi KLIK di sini