C Wave pattern, apa tu? Secara asasnya, C wave adalah pengakhiran bagi sesuatu wave correction. Akhir kepada wave 2 ialah wave C, hujung kepada wave 4 adalah wave C. Bila mana wave correction dah sampai hujung atau completed, maka probability untuk bermulanya wave impulsive adalah tinggi. Wave impulsive inilah yang biasanya EW practitioner nak ride.
Bagi trader yang gunakan Elliott Wave dalam trading, suka untuk aku kongsikan satu idea untuk trade. Aku bukanlah pengguna tegar EW tapi apa salahnya kalau aku coretkan secebis ilmu Allah yang ada dalam kotak fikir aku ni kan? Kita ni sebagai perantara untuk sampaikan ilmu kepada yang perlu. Tak perlu simpan untuk dibawa mati. In fact, ia perlu disebarkan supaya menjadi saham bila dah mati.
Ok, done jadi ostat kejap tadi.
Sebagai contoh dalam gambar di bawah, menunjukkan stock market AMAZON pada timeframe daily. Counting wave adalah secara general untuk memudahkan pemahaman. Mungkin aku ada langgar beberapa syarat EW (maaf para expert EW sekalian) seperti alternation rule dan ia boleh diperhalusi lagi. Tapi untuk tujuan penerangan adalah lebih baik aku gunakan contoh counting seringkas yang boleh.
Dapat diperhatikan, setiap kali wave C completed, akan ada pergerakan impulsive yang besar. Pergerakan selepas wave C boleh jadi ia adalah wave A atau wave 1. Jadi tak hairanlah movement laju selepas wave c complete.
Maka tak perlulah untuk kita sentiasa cari entry tak tentu hala setiap hari. Tunggu wave C complete je dah ler. Kalau nak juga trade secara kerap, kenalah tunggu wave C pada wave degree yang lebih kecil. Tapi, semakin kecil time frame dan wave degree maka semakin cepat kena buat wave count dan perlu lebih fokus dan alert untuk recount andai counting salah.
p.s.s: Nampak senang sebab chart dah jadi, cuba belum jadi. Terkial-kial bro nak recount. Kengkadang dari wave WXY sampai Z kena game dengan market 😀