Diskriminasi Hukum Dalam 3 Trading Instrument

Sebagai seorang Muslilm, kita memang dituntut untuk mencari rezeki dari sumber yang hukumnya halal. Dalam trading juga tak terkecuali, melainkan kalau kita trading for fun dan bukan untuk tujuan profit mahupun mencari pendapatan tambahan. Aku sendiri akan pastikan instrument atau produk yang aku trade adalah dalam kategori patuh Shariah.

Patuh Shariah – Macam Mana Nak Tahu?

Dalam mencari instrument atau produk trading yang patuh Shariah, aku akan cari dokumen rasmi dari pihak yang ber-authoriti di Malaysia. Yelah, sebab duduk Malaysia kan. Itu yang paling utamalah. Sekiranya instrument trading yang aku nak trade itu berada di luar Malaysia, aku akan rujuk dokumen rasmi di Malaysia dan buat ‘due diligence‘ berdasarkan dokumen tersebut.

Apa maksud dokumen rasmi ini? Ia adalah dokumen atau hukum yang dikeluarkan oleh pihak ber-autoriti seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan sebagainya. Aku akan cari dua perkara iaitu

  1. Ada tak hukum yang jelas dikata sesuatu instrument itu haram?
  2. Ada tak hukum yang jelas dikata sesuatu instrument itu harus?

Kenapa Tak Trade Forex?

Rujuk kembali kepada dua soalan di atas.

Ada tak hukum jelas yang katakan forex haram? Ya ada dari Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ada tak hukum jelas yang katakan forex harus? Tak ada

Jadi aku tinggalkan sahaja. Sebab tiada hukum jelas yang dikeluarkan oleh pihak ber-authoriti mengatakan forex harus.

BACA JUGA  Masuk Carta Caucassian & Yankees

Macam Mana dengan Options?

Aku tak diskriminasi kepada sebarang instrument. Cuma ini adalah cara aku dan aku tak paksa untuk pembaca mengiyakan apa yang aku buat. Malah aku secara peribadi melihat Instrument Options sangat menarik sebab mempunyai risiko yang kecil dan peluang untuk buat profit yang besar. Namun aku tetap akan buat ‘due deligence’ juga.

Ada tak hukum jelas yang katakan options haram? Tiada
Ada tak hukum jelas yang katakan options harus? Tiada

Jadi dalam hal ini tiada dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak ber-authoriti di Malaysia. Jadi aku tiada rujukan khas dan rasmi untuk dijadikan panduan. Bila tiada rujukan, ada keraguan. Bila ada keraguan, aku ambil jalan selamat untuk tinggal.

Futures Trading Boleh ke?

Aku bukan pegawai bank, bukan broker, juga bukan remiser yang punyai koleksi lesen dan sijil berharga ribuan ringgit. Jadi aku perlukan dokumen rasmi untuk dijadikan rujukan dan panduan.

Ada tak hukum jelas yang katakan Futures haram? Tiada
Ada tak hukum jelas yang katakan Futures harus? Ya ada dari Suruhanjaya Sekuriti

Oleh sebab aku hanyalah casual trader, rakyat marhaen seperti orang lain. Jadi aku bukan pihak yang ada autoriti untuk nyatakan sebarang hukum. Ini haram ni, ini halalan toyyiba ni. Jadi sekiranya ada pihak yang tanya

“En Faiz, hukum trade Futures ni halal ke?”
“En Faiz FCPO ni halal ke tak?”

BACA JUGA  Kegilaan Mencari Langkah Demi Langkah Dalam Trading
hukum trade futures

Aku tak sewenang-wenangnya kata “ya boleh” atau “Ya tak boleh”. Sebaliknya aku akan ajak rakan trader yang bertanya untuk sama-sama menelaah dokumen SAC SC. Sebab aku bukan orang yang ada autoriti. Tak layak untuk berikan sebarang hukum.

“Entahlah, aku pun tak tahu. Faiz kata hukum trade futures harus”

Sampai bila eh kita ni nak jadi golongan yang ikut-ikutan? Sebab tak berani nak bertanggungjawab dengan diri sendiri kan? Bila tanya kenapa trade itu dan ini? Sebab si dia kata boleh aku trade lah. Jadi, kalau si dia kata minum air kencing adalah harus sebab boleh hilangkan kebodohan kau minum la? Jadi, aku takkan pernah jadikan sesiapa sahaja individu sebagai rujukan. Biarpun dia kerja jabatan agama mahupun ketua jabatan suruhanjaya sekuriti.

Bukankah lebih baik sekiranya senario berikut berlaku:

“Futures tak boleh trade sebab orang kata gharar”
“Rujuklah dokumen rasmi SAC SC, dalam tu ada sebut pasal gharar. Ada jelaskan macam mana isu gharar ini di atasi dalam niaga hadapan.”

Tapi realitinya

“Oh, aku tau dokumen SAC SC tu ada. Tapi tak faham la bahasa Inggeris”
“Eh kan ada versi bahasa Melayu”

“Tapi, aku tak faham …”
“Kau malas baca kan sebenarnya? Semua nak senang. Semua nak suap. “

Futures Trading Luar Negara?

Untuk instrument futures di luar negara pula aku juga akan rujuk dokumen SAC SC. Ya betul kuasa Suruhanjaya Sekuriti hanya terhad kepada instrument trading yang diterbitkan di Malaysia sahaja. Luar Malaysia dokumen ini tidak punyai sebarang kuasa. Namun, hujah di dalam SAC SC boleh digunakan dalam membantu aku buat keputusan sama ada boleh ke tak nak trade.

BACA JUGA  Cycle Analysis 101 Part 3 - FCPO Boleh?

Aku ringkaskan tiga kriteria untuk aku filter sebelum trade sebarang instrument Futures Commodity luar negara:

  1. Bukan instrument yang haram (Contoh babi)
  2. Bukan barang ribawi (emas, perak, gandum, garam, kurma, barli)
  3. Ada fizikal delivery (jual beli tanpa barang hukumnya haram kan?)

Perlu diingat produk e-mini tiada fizikal delivery. Jadi ia tidak selari dengan hujah-hujah di dalam dokumen SAC SC dan aku akan tinggalkan.

Kesimpulan

Kesimpulan di sini, aku bukanlah diskriminasi instrument trading. Buat apa nak promote mati-matian “Trade lah Futures”. Bukan aku ada buat kelas besar-besar pun untuk bayar Mercedes mahupun BMW. Tapi sebab yang aku nyatakan panjang lebar di ataslah.

Tapi En Faiz, tak semua orang mampu untuk trade Futures sebab modalnya tinggi.
Itu bermaksud belum masanya lagi untuk individu itu trade Futures. Tapi bukan bermaksud ini jadi lesen besar untuk trade CFD. Sebab CFD tiada barang fizikal didagangkan, hanya pergerakan harga semata.

Hukum tetap hukum.

2 thoughts on “Diskriminasi Hukum Dalam 3 Trading Instrument”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Mahazi Si harun
Dari Nilai Negeri Sembilan, Malaysia
about 1 week ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Nur farah Hassan
Dari Wangsa maju Kuala Lumpur, Malaysia
about 1 week ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Isamudin Basir
Dari Banting Selangor, Malaysia
about 3 weeks ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures
Telah dibeli oleh Ahmad Shafarie azmi
Dari Sungkai Perak, Malaysia
about 4 weeks ago
 
IT'S TIME - Analisa Masa & Cycle Untuk Trade Futures
Telah dibeli oleh Mohd nurhisyam bin Mohamad rusli
Dari Tasek gelugor Penang (Pulau Pinang), Malaysia
about 4 weeks ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh Mohd alif Nordin
Dari Petaling jaya Selangor, Malaysia
about 4 weeks ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah + 1 Item
Telah dibeli oleh Mohamad nur syafiq Zakaria
Dari Shah alam Selangor, Malaysia
about 1 month ago
 
IT'S TIME - Analisa Masa & Cycle Untuk Trade Futures
Telah dibeli oleh Ruzaini Rahim
Dari Gelang patah Johor, Malaysia
about 1 month ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures
Telah dibeli oleh Muhammad nur Arif
Dari Bukit gambir Johor, Malaysia
about 1 month ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Muhammad nur Arif
Dari Bukit gambir Johor, Malaysia
about 1 month ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah + 1 Item
Telah dibeli oleh Mohd rosly Shaari
Dari Kajang Selangor, Malaysia
about 2 months ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures
Telah dibeli oleh Azmir Ahmad
Dari Petaling jaya Selangor, Malaysia
about 2 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Wan patimah Wan salleh
Dari Subang jaya Selangor, Malaysia
about 2 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Muhd kamal Izzat
Dari Bukit jalil Kuala Lumpur, Malaysia
about 2 months ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh Syamsul Amri
Dari Pasir gudang Johor, Malaysia
about 2 months ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures
Telah dibeli oleh Firdaus Omar
Dari Doha , Qatar
about 2 months ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh Sofar Ahmad
Dari Ipoh Perak, Malaysia
about 2 months ago
 
EXTRA! Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh Hafifi Azizie
Dari Kampung padang mengkali peringat Kelantan, Malaysia
about 2 months ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh Hafifi Azizie
Dari Kampung padang mengkali peringat Kelantan, Malaysia
about 3 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Siti zubaidah Harun
Dari Shah alam Selangor, Malaysia
about 3 months ago
 
Scroll to Top