Cycle Analysis 101 sebelum ini iaitu part 1 hingga part 3 perlu diikuti sebelum teruskan bacaan dalam Part 4. Sebab dalam penulisan dalam Part 2, ada aku sentuh tentang cycle 60 tahun. Mesti pembaca semua ingat aku main petik je kan nombor-nombor untuk diguna dalam cycle analysis?
Oh tidak sekali-kali. Sebelum itu, boleh baca Part 2 jika belum:
Apakah 60 years cycle ini?
Cycle 60 tahun adalah salah satu dari synodic cycle. Synodic tu ape doh? Nak suruh Google memang tak lah kan. Okay synodic ni adalah kombinasi 2 cycle sidereal. Eh sidereal pulak. Apa ni? Okay straight to the point lah ye:
- Sidereal period untuk planet Jupiter adalah lebih kurang 20 tahun.
- Sidereal period untuk planet Saturn adalah lebih kurang 30 tahun.
- Synodic period untuk kombinasi Jupiter dan Saturn adalah lebih kurang 60 tahun.
Aik, macam mana boleh dapat 60 tahun? Boleh gunakan Synodic calculator yang available online. Gambar di bawah adalah contoh pengiraan kalau nak double check. Ia aku ambil dari web synodic period calculator. Kalau malas, just accept sahajalah ya jawapan dia. Bila sidereal 1 di kombinasi dengan sidereal period kedua akan menghasilkan synodic period.
Aplikasi Cycle Synodic 60 Tahun?
Baiklah untuk verify cycle 60 tahun ini boleh crosscheck dengan data pandemic, epidemic dan sebarang data. Mungkin boleh verify dengan tarikh ulang tahun kemerdekaan mana-mana negara. Yang ini aku belum pernah buat. Untuk financial data setakat ini aku boleh katakan hanya boleh gunakan data dari DOW. Sebab market ini sudah wujud sejak dahulu lagi.
Jika ada data dari instrument atau market lain yang rakan trader jumpa lebih dari 60 tahun historical. Boleh lah gunakan juga. Aku cuba cari pattern yang repeat dalam masa lebih kurang 60 tahun. Iaitu tahun 2020 dan 1960. Skill atau kemahiran mencari repetition ini perlu latihan yang lama.
Tahun 1960 repetition setiap swing adalah seperti berikut: 63,91,140,210,56
Tahun 2020 repetition setiap swing adalah seperti berikut: 84,98,133,190,
Jadi ia adalah boleh diterima. Sebab ini adalah cycle 60 tahun dan timeframe yang diguna adalah 1 week. Acceptable orb boleh jadi sehingga 14 hari atau 1 bulan. Jadi proof that cycle of repetition itu wujud. Walau dalam skala atau length yang besar sehingga 60 tahun mahupun 100 tahun.
Dalam konsep wheel within wheel, atau bahasa normal dipanggil fractal. Terdapat cycle yang besar kemudian ada cycle yang lebih kecil membina cycle besar tersebut. Cycle dalam cycle dalam cycle dalam cycle. Konsep wave Elliott Wave juga ada konsep ini. Jadi jika ada cycle yang besar, sudah tentu ada cycle yang lebih kecil sehingga skala daily, hour, malah minit. The pain is.. Cycle hunting.