Crude Oil Trading Post Mortem 24 Oktober 2016

Crude Oil trading malam semalam berlaku dengan sangat ohsem. Dengan terjadinya entry feveret saya, maka dapatlah masuk dengan entry nipis kurang manis. Bermakna dapat bottom lah. Hehe

Crude Oil Trading

Seperti yang ditunjukkan pada reflector, entry adalah BUY LIMIT pada harga $49.63 dan target trading ini adalah 100 ticks. Is there any technical analysis reason that can explain why or how confident I want to place a BUY LIMIT order? Lebih-lebih lagi bila nampak candlestick merah yang panjang macam tu. Mestilah ada kan reason dari teknikal analisis untuk entry. Takkan masuk market bodoh-bodoh je. Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah bukan pada kejituan teknikal analisis semata-mata, tapi keyakinan untuk masuk market realtime.

filled-price

Ok macam ni, katalah anda belajar teknikal analisis yang boleh tangkap bottom atau low seperti harmonic pattern, support & resistance, S & D atau apa-apalah. Ya, apa-apa teknik adalah betul as long as you can make money, thats it! Tak ada istilah sesatlah, tak betul lah, teknik trading merapu la, kau trade tak betul la, no. Tapi sejauh mana keyakinan anda untuk masuk market menggunakan trading sistem yang anda pelajari? Confident level adalah sesuatu yang sukar untuk diajar, dan rasanya ia tak boleh diajar. Ia perlukan praktis, masuk market berulang kali, keep improving. Dalam kata lain experience.

Ini adalah result dari failure barulang kali. Berapa kali saya failed sebelum master entry top & bottom ini? Sudah pasti banyak kali dan saya sendiri tak sanggup untuk tulis entry berkenaan kegagalan membuat entry. Bila entry, market pergi stoploss kemudian bergerak menuju arah entry tadi. Rasa down jangan cakaplah dan over the time saya mula rasa hilang percaya kepada sistem. Lepas tu mula la cari teknik macam-macam. Anda pernah rasa? I feel you bro..

Cadangan Usaha untuk Bina Keyakinan Trading

Cara paling mudah adalah, buka live akaun. Pastikan modal mencukupi dan hanya guna 1% SAHAJA risk per trade per day. Kemudian, pilih satu sahaja teknik entry dan ulang setiap hari. Pastikan sehari masuk market hanya sekali. Oleh kerana hanya ada peluang SATU kali entry untuk sehari jadi, entry mestilah yang paling berkualiti. Lepas tu, sama ada profit atau loss terus tutup. Esok post mortem apa cara untuk improve entry. Buat ulang-ulang selama beberapa bulan. InsyaAllah, anda akan master teknik tersebut.

Beberapa bulan tu berapa lama eh? Terpulang, boleh jadi sebulan atau 2 bulan. Mungkin setahun? Lama kan? Kalau nak short-cut pun ada cara, boleh guna trading simulation. Bagi saya, trading simulation banyak membantu. Betul ia bukan realtime market, tapi ia mampu untuk sediakan environment yang seakan-akan live trade. Untuk Futures Trading ada ke trading simulation? Belambak bro, cari jela kat internet. Malas nak cari? Saya rekemen untuk dapatkan Panduan Simulasi Pasaran Hadapan Versi 2.0 KLIK SINI.


Atau anda nak tahu sangat maklumat tentang Futures tapi tak tahu nak tanya siapa? Isi maklumat di bawah dan saya akan hantarkan maklumat asas Futures terus kepada anda.

[wysija_form id=”2″]

Share post ini sebagai penghargaan anda

1 thought on “Crude Oil Trading Post Mortem 24 Oktober 2016”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top