Seryes la Crude Oil naik semula? Bukankah hari tu jatuh terjelepok? Hari ni ada yang kata Crude Oil telah kembali seperti biasa? How come? Mana ada naik der. Kalau tengok Continuous Chart memang lah nampak naik kaw-kaw. Tapi hakikatnya, ia adalah disebabkan pertukaran kontrak saja.
Active trading month telah bertukar dari Kontrak Bulan May kepada kontrak bulan Jun 2020. Begitulah. Jika rujuk pada Kontrak May 2020 harga terendah sehingga post ini ditulis adalah $14.47 . Lagi se dollar 62 sen nak sampai aku punya target low yang pertama iaitu $12.87 . Yang mana itu jam, harga Crude Oil pun antara $25 dan $26 yang mana orang kata mustahil la boleh turun sampai bawah $20 . Well it happen now.
Berikut adalah Crude Oil kontrak May 2020
Pergerakan menurun pada kontrak May 2020 dan tiada sebarang kenaikan yang ganjil.
Berikut pula adalah Crude Oil kontrak Jun 2020
Chart pada kontrak Jun 2020 juga pergerakan menurun yang identical dengan kontrak May 2020
Sama saja penurunannya kan? Jadi kenaikan pada CC chart adalah kerana pertukaran kontrak semata-mata. Nampak naik sebab perbezaan spread yang besar antara kontrak May 2020 dan kontrak Jun 2020. Adakah ia disengajakan untuk nampak elok on paper? Entahlah, tapi ia tak mustahil kan?
Apapun, sebarang spekulasi pada price masih akan obey cycle. Sooner or later ia akan follow cycle semula. Jika lihat pada kontrak CC. Masih patuh kepada resistance yang dilakarkan menggunakan Gann Fan. Gann Fan ini mampu untuk berikan lakaran support mahupun resistance lebih awal tanpa merujuk kepada chart terdahulu. Dengan syarat permulaan garisan 45 degree mestilah pada pivot yang betul. Iaitu dilakarkan berdasarkan pivot yang dihasilkan oleh CYCLE.
Kesimpulannya, unjuran price aku masih stick pada $12.87 by May 2020 dan sekiranya tiada kenaikan yang real dan significant pada bulan May 2020. Maka penurunan possible bersambung sehingga ke $8.07 pada September atau Oktober 2020. Any daring projection from anyone? 🙂