“Tick..”
“Tick..”
“Tick..”
Macam tu la agaknya bunyi yang berdetik dalam kepala aku. Aku renung tajam skrin 13 inci laptop seakan nak tertembus.
Merah hijau, hijau merah, hijau, hijau, merah.
Begitulah khusyuknya aku meneliti aksi harga bermain setiap saat yang membentuk batang-batang candlestick yang berselang seli warnanya.
Jam menunjukkan 10:00 PM waktu Malaysia. Kualihkan penunjuk tetikus ke carta. Sepantas kilat macam komando.
KLIK, KLIK, Right click
BUY STOP LIMIT 54.06, TAP!! Order filled!
.
“Tick, tick, tick” – unrealise profit 13 points tertulis di skrin, namun aku dambakan keuntungan 30 points untuk entry ini.
“Dub, dub, dub, dub, dub..” debaran jantung kuat terasa bersulamkan detikan harga dalam kepala
Tapi apakan daya, belum sempat harga mencecah paras profit, Trailing Stop pantas mencelah melindungi kerugian. Maka 1 point sahaja untuk entry ini.
Masih Belum Tamat
Opss.. Nanti dulu, permainan masih berlangsung.
43 minit kemudian, kali ini dengan berlakon tenang aku meletakkan SELL STOP LIMIT pada harga 54.01
Dengan berbekalkan keyakinan dan tawakal, aku letakkan sasaran keuntungan 20 points. Eh, kurang 10 points dari sasaran pertama. Ya benar, subconscious mind berbisik dengan nada Sultan Pasir Dua Butir dalam Filem Laksamana Doremi:
“Tak dapat 30 points, 20 points pun jadi lah”
Berselang seli debaran jantung dan detikan harga. Seluruh tumpuan pada carta, pada turun naiknya harga,
“Tick,
“Dub, tick”
“Dub, dub”
“Tick” – order filled! Bermaksud, target sasaran aku mengena.
YES!! Serta merta segala debaran terhenti. Waktu terasa berjalan kembali. Drama Jejak Karmila kembali ku tontoni. 😀
Oklah, cukuplah untuk hari ini.
Walau kutahu, ada beberapa lagi possible entry bakal berlaku lagi.
Esok masih ada lagi. InsyaAllah.
Walaupun dah banyak kali membuat Crude Oil breakout entry, namun perasaan takut dan debaran tu masih ada. Bohonglah kalau trader tak ada mengalami perasaan ini, melainkan trade akaun demo. Ye tak?
p/s: Ada sapa2 yang trade Crude Oil juga? angkat tangan, boleh kita share debaran
baru nak belajar FCPO….tengok wenhua apps