Yeah, nampaknya industri Futures trading di Malaysia semakin bertambah baik dengan kehadiran CQG Desktop yang dibawakan khas oleh broker seperti Phillip Futures. Aku sebelum ni pun “lari” ke broker luar Malaysia sebab nak guna platform canggih mostly dari CQG atau Rithmic. Takde la harap nak canggih mana. Asalkan ada chart yang stable, dan platform bukan berasaskan Java yang tak asing lagi dengan masalah update. Bagi aku CQG Desktop ni pun dah bagus sangat-sangat untuk keperluan aku sebagai seorang part time trader.
Platform HTML5
Walaupun namanya CQG Desktop, tapi ia bukanlah platform berasaskan software yang kena install dalam laptop. Tapi ia adalah web-base dengan teknologi HTML5. Aku sebagai seorang IT engineer endorse (cewaah) yang HTML5 adalah best sebab stable dan generic. Generic maksudnya boleh run pada apa juga platform sama ada Windows, Mac mahupun Linux. Malah dalam Android pun boleh asalkan ada web browser. Best kan
Sebagai part time trader, mesti korang ada masalah tak boleh install software atau tak boleh nak akses trading platform sebab office block akses kan? Dengan web-base, insyaAllah tak ada masalah.
Mobile Layout
CQG Desktop juga ada mobile mode. Jadi tiada masalah untuk rakan trader yang suka trade menggunakan mobile. Asalkan ada akses internet, ada browser maka boleh trade. Provided ada akaun la kan:)
Stable
Kestabilan platform CQG sudah semestinya tidak disangkal lagi. CQG adalah antara servis yang boleh dikatakan robust. Jadi selayaknya ia menjadi servis provider yang “The most expensive service money can buy”. Jadi kalau ada akaun dengan Phillip Futures, apa lagi mohonlah tukar kepada CQG Desktop. Caj bulanan lebih kurang je macam J-Trader, atau kalau kau pandai ayat FBR minta la waive. Haha. Kalau belum ada akaun boleh hubungi aku KLIK SINI.
Chart yang stable juga penting untuk kita tahu pergerakan harga semasa. Tengok gambar di bawah adalah chart FCPO dari platform CQG Desktop. Cantik kan? Eh tapi kenapa MPO? Code CQG untuk instrument FCPO adalah MPO. Aku rasa singkatan kepada Malaysian Palm Oil kot, ntahlah pandai-pandai je aku
Server-side OCO Order
Ini juga antara fungsi yang sangat aku perlukan iaitu server-side OCO. OCO adalah singkatan kepada Order Cancel Order atau ada juga mazhab lain yang membawa maksud One Cance Other. Apa pun maksudnya, bila satu order filled maka satu order lagi akan cancel secara automatik. Jadi untuk part time trader macam aku ni memang sangat perlulah.
Lepas masuk order, boleh la buat OCO order untuk target profit dan stop loss. Jadi kalau salah satu order dah kena, satu order lagi akan cancel secara automatik. So boleh tinggal je tak payah nak sibuk-sibuk tanya FBR dah kena TP atau SL ke? Lagi best sebab ia server-side. So kalau lepas buat order OCO dan kita logout dari platform pun tak ada masalah. Kalau terputus internet pun takde masalah. Order takkan hilang macam client-side OCO
Flexible
Ini pun best juga bagi sesiapa yang dah ada license software atau trading platform yang canggih macam Ninjatrader ke, Motivewave ke, Multichart ke, apa-apalah. Asalkan support CQG datafeed, maka bolehlah diintegrasikan dengan platform tersebut. Mungkin ada sedikit caj bulanan dikenakan. Bagi pengguna tegar Tradingview, berita baik sebab boleh integrate akaun CQG dengan Tradingview. Jadi tak perlu untuk bayar datafeed dari Tradingview yang agak mahal harganya.
Setakat ini aku sangat puas hatilah dengan CQG Desktop. Cuma sekarang module drawing dalam pembikinan dan mungkin ambil sedikit masa untuk developer CQG buat kerja. Takpe, boleh lukis cantik-cantik kat Tradingview kalau nak lukis. Lepas tu trade kat CQG Desktop, atau integrate je terus CQG dengan Tradingview.
Kalau ada apa-apa soalan pasal platform insyaAllah aku boleh la jawab sikit-sikit. Kalau nak tahu lebih-lebih boleh contact mamat bawah ni. Dia rajin melayan kerenah klien-klien dan pantas buat kerja macam lipas.
Kalau ada telegram, picit terus: https://t.me/Abahfurqan
p.s: kalau nak buka akaun dengan mamat tu, cakap Faiz mintak bagi komisen spesel. InsyaAllah dapat 🙂
Salam nak tanye berapa harga untuk beli cqg platform untuk fcpo?
Untuk caj CQG yang terkini. Boleh hubungi admin di Telegram
http://bit.ly/NakTradeFutures