Saya mendapat banyak maklumbalas dari pembeli PSPHV2 yang mereka tak boleh untuk akses certain instrument atau kontrak yang telah lama berlalu. Sebagai contoh dalam Instrument Manager hanya ada senarai yang terhad untuk akses kepada instrument yang terdahulu. Dalam gambar di bawah, untuk kontrak Crude Oil paling lama pun Kontrak Februari 2016 (CL 02-16). Macam mana kalau saya nak akses kepada kontrak sebelum Februari 2016?

Akses Kepada Kontrak Terdahulu
Berikut saya tunjukkan macam mana saya akses kontrak terdahulu iaitu Crude Oil May 2015 (CL 05-15).
Pada Control Center, klik pada File > New > Chart…
Kemudian pada ruangan Data Series, taipkan kontrak yang dimahukan iaitu saya nak akses CL 05-15.

Tekan Enter, kemudian klik OK
Dan kontrak yang tak tersenarai dalam instrument list dapat di keluarkan. Mudah kan? Atau tonton saja video di bawah:
Semoga bermanfaat.

