Jenis Order dan Buat Order di Futures Market

Bila bercerita tentang jenis order dan cara-cara untuk buat order di Futures akan ada yang keliru. Kemungkinan besar adalah kerana sudah terdedah sekian lama dengan cara order di platform MT4 forex. Ok, mungkin dengan beberapa soalan ini sedikit sebanyak memberikan penjelasan lanjut tentang order di Futures.

SoalanForexFutures
Saya buat order sell 1 lot,
Kemudian buat order buy 1 lot pada instrument yg sama
Akan ada 2 order yang open,
Buy 1 lot dan Sell 1 lot.2 open position
Akan ada 1 lot order Sell open,
kemudian order offset (close) dengan Order Buy.No open position
Saya ada 1 lot position buy,
Macam mana nak tutup?
Klik close orderSubmit Sell order 1 lot
Saya ada hold 1 lot buy,
Sampai bila saya boleh hold?
Sampai bila-bilaSampai kontrak expired
Saya ada hold 1 lot buy,
lepas tu kontrak expired?
Spot forex tak ada kontrak,
order buy masih open
Kena buat settlement dan ambil stok komoditi
Saya ada hold 1 lot sell,
lepas tu kontrak expired?
Spot forex tak ada kontrak,
order sell masih open
Kena buat settlement dan hantar stok komoditi

 

Jadi, kalau macam tu pada instrument Futures tak boleh ke nak hedge position sedia ada?

Hedge boleh dilakukan di Futures dengan buka position berlawanan dengan position sedia ada pada instrument yang sama, tapi pada kontrak berbeza. Sebagai contoh, saya ada BUY position di kontrak November 2016. Jadi untuk hedge position BUY, saya boleh buat order SELL di kontrak December 2016. Saya tak boleh buat order SELL di kontrak November 2016, kerana ia akan tutup position BUY yang sedia ada.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top