Baru-baru ini aku perasan ramai trader di Malaysia dah ada awareness berkenaan FCPO spread trading. Terutamanya pada product derivative di Malaysia seperti FCPO. Ya betul, FCPO juga ada spread yang biasa dikenali sebagai Calendar Spread. Sedikit unik pada FCPO spread adalah pergerakan yang agak besar sekarang ini berbanding tahun-tahun sebelum ini.
JIka sebelum ini pergerakan harian untuk satu-satu pasangan FCPO Calendar spread adalah antara 10 hingga 20 ticks. Sekarang pergerakan boleh mencapai sehingga 50 ke 60 ticks sehari. Gila dah macam movement outright pula jadinya. Aku personally tak suka movement yang trending sebab aku lebih suka movement yang tenang-tenang saja. Adakah mungkin sebab dah ramai retailer ‘serang’ pasaran FCPO spread, lalu sebabkan pergerakan yang tak tentu hala ini? Who knows, aku pun taktau. Apa kita boleh buat adalah cuba je adapt dengan movement sekarang ini.
Mana nak enable kan FCPO Spread dalam platform ni?
Baik, ini adalah antara soalan yang popular yang sering berkunjung ke emel aku. Jawapan malas aku adalah “boleh tanya remisier masing-masing”. Haa.. Malas kan aku? Okay, oleh sebab hari ni aku rasa sedikit rajin. Maka aku usahakan untuk tunjuk macam mana nak cari instrument FCPO Spread ni dalam platform trading Futures korang.
Yang paling penting adalah, setiap account Futures dan trading platform Futures akan ada instrument spread. Kalau platform trading saham yang guna akaun CDS tu tak payah cari, memang tak ada. Sebab ini Futures, kena buka akaun Futures. Okay?
Contoh yang aku nak tunjuk adalah menggunakan platform Ayers GTS dari broker RHB. Nak buka akaun boleh hubungi aku terus okay? Tapi rate tak murah sebab aku tak buat charity. Okay rujuk gambar kat bawah sebab aku tau kau malas nak baca, nak suruh aku lukis.
Step 1 – Dekat platform Ayers GTS tu, kau klik kat Market Data macam dalam gambar di bawah
Step 2 – Bila dah buka paparan macam ni, kau expand Crude Palm Oil > Spreads > Calendar
Step 3 – Lepas tu kau pilihlah nak trade spread yang mana satu? Aku tunjuk contoh spread FCPO Jul21-Feb22 iaitu kombinasi kontrak Julai 2021 dan kontrak Februari 2022. Lepas tu klik OK.
Step 4 – Lepas tekan OK kat step 3 tadi, akan muncul instrument FCPO Spread Jul21/Feb22 dalam Price Quote. Nampak tak?
Step 5 – Kalau nak buka chart, kau right klik kat list tu. Pilih “Show Technical Chart”, suka hati kau lah nak pakai DZHI atau NextView.
Step 6 – Chart akan terbuka dan kau boleh nampak code instrument pada chart adalah sama dengan list pada Price Quote.
Eh, tapi kenapa chart dia rongak macam tu? macam mana nak trade? Sebenarnya nak pilih instrument yang mana satu? Banyaaaaaaak gila kot spread kat dalam step 2 tu. Okay kalau nak tau pasal FCPO Spread trading, nak tahu cara pemilihan spread instrument dan cara trade style swing sambil kerja. Boleh dapatkan Kelas online self learning FCPO Spread trading. Klik butang di bawah.