Antara soalan yang kerap berkunjung ke emel aku saban hari adalah.
“Tuan trade di broker mana?”
“Boleh suggest the best futures broker di Malaysia?”
“Broker apa yang paling the best?”
“Broker XYZ ni okay tak?”
Persoalannya, kita suka bertanya futures broker terbaik di Malaysia ni apa? Ada ke broker terbaik? apa definisi terbaik bagi setiap orang? Adakah terbaik bagi aku adalah terbaik untuk kau, kau, kau dan kau? Biasanya aku akan tanya balik, apa kriteria yang dimahukan? Namun, biasanya tiada jawapan balas.
Kenapa ya? Sebab jawapan tu sebenarnya dah ada dalam diri masing-masing. Tapi diri sendiri penakut nak buat decision. Yelah kan, kalau broker tu lambat proses ke apa. Senanglah dia nak salahkan orang lain.
“Kau la ni suggest broker XYZ, tak bagus langsung!”
Nampak tak? Sentiasa nak cari orang lain untuk dipersalahkan. Haha. Kemon ya, janganlah jadi loser sangat. Tapi jangan risau la, aku bagilah kriteria broker Futures yang aku akan pilih.
Futures Broker Terbaik #1 – Nak trade apa?
Kau nak trade apa? Kalau kau nak trade instrument macam FCPO. Kebanyakan Futures broker di Malaysia ni pun dah bagi rate yang terbaik. Rate komisen biasanya akan dijadikan ukuran. Ada yang berikan komisen sehingga RM6 per side dengan beberapa syarat. Sebagai contoh kena trade sebanyak 100 lot sebulan. Jadi, komisen tak jadi isu sangat dalam hal ini.
Namun sekiranya kau nak trade instrument SPREAD, kenalah cari broker yang bagi kadar komisen paling rendah. Sebab caj komisen untuk spread trading adalah double, sebab kau akan entry 2 legs per side. Bila dah dapat komisen rendah tu, kau kena faham satu perkara. Kau kena trade-off dengan layanan first class. Jangan harapkan layanan terpaling sungguh baik. Tolong ada mindset macam ni. Kalau bayar murah, nak kena layan macam VIP, sila pegi mam…. . (Tau pun)
Futures Broker Terbaik #2 – Style trade macam mana?
Aku personally tak kisah pun berapa komisen yang broker nak caj. Asalkan aku boleh dapat kemudahan yang aku nak. Sebagai contoh, aku trade Soybean Oil Futures secara swing. Maka aku akan jarang tengok market. Aku nak segala pending order seperti stop loss order dan target profit order dibuat secara automatik, sebaik sahaja order aku filled. Walaupun time tu, aku tengah bizi buat brownies kat dapur mahupun tidur awal sebab nak Tahajjud malam nanti.
Jadi, untuk itu aku perlukan platform trading yang boleh buat automation ini. Antara yang terbaik adalah CQG Desktop (nama je desktop tapi pakai web). Untuk international platform trading yang aku suka adalah Rithmic (belum masuk Malaysia). Dulu kat Malaysia tak ada platform canggih, sekarang dah ada macam-macam pilihan. Kalau ada CQG Desktop nak link dengan Tradingview pun boleh. Tapi bagi aku, cukup sekadar boleh buat server-side OCO. Sebab malas nak deal dengan connection terputus yang boleh sebabkan pending order pada client terbatal. Jadi, walaupun Rithmic trader pro punya chart tak best. Namun aku masih appreciate fungsi server-side OCO.
Jadi, sekiranya platform menjadi kayu ukur untuk kau. Phillip Futures adalah antara yang baik. Sebab ada akses kepada CQG Desktop yang boleh diintegrasikan dengan pelbagai third party platform. Sila berhubung dengan admin saya di Telegram untuk bantuan buka akaun. KLIK SINI atau klik butang di bawah
Futures Broker Terbaik #3 – Tak Blacklist oleh SC?
Apa guna trade dengan broker yang tak legit dan disenarai hitam oleh pihak berautoriti. Jadi sebelum ambil keputusan untuk register, cuba check dulu senarai hitam dalam web SC.
https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investor-alerts/investor-alert-list
Jadi, tak perlu lah aku jawab soalan yang banyak kali ditanya. ICM okay tak? Apa pandangan tuan tentang broker itu dan ini? Aku bukan diskriminasi broker. Aku faham ramai IB yang marah sebab masyuk kot kalau orang trade bawah kau, tapi ini hakikatnya.
Kalau kau nak juga trade di broker luar persisir, boleh consider broker yang disenarai pendek dalam CMEGroup seperti berikut. CMEGroup ni adalah pihak exchange di Amerika.
http://www.cmegroup.com/tools-information/find-a-broker/broker-directory-as.html
Aku personally suka broker AMP Futures. Sebab ada kemudahan MT5 untuk trade Futures. Aku tau ramai Forex trader tak biasa nak trade Futures sebab platform aneh. Tapi dengan MT5, boleh connect CQG dengan platform MT5. Jadi boleh trade secara terus dari platform MT5. Kalau nak register AMP Futures, boleh buat permohonan klik pada button berikut.
Rasa cukup kot tiga point penting yang boleh dijadikan pedoman untuk pilih broker mana yang terbaik. Yang penting kena baik untuk kau. Sebab kalau baik untuk aku, tak baik untuk kau tak guna juga. Ye tak?
Maaf nk tanya?. So icm capital nii salah kan sbb xdk physical delivery. Rmai mmber dh join under RTC paa bnda tah. Suggest sikit mcmna nk tgur.
Bagi link ke web Suruhanjaya Sekuriti, ICM ada di bawah alert list. Jadi berjaga2 lah.
https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investor-alerts/investor-alert-list
Mostly under ICM ialah CFD. Bukan exchange traded futures.
Saya pun ada akaun ICM, just untuk test trading setup guna real money ?
salam tuan. sy skg menganggur tapi adelah sedikit wang lebihan utk trading ni. soalan sy boleh tak sy buka akaun furues ni kalo x keje?
Kalau ada source of income tiada masalah. Contohnya, ada buat kerja freelance dan bayaran masuk ke akaun bank
buat ms ni xde source pon yg masuk. ade source dari i-sinar je. buat ms skg sy survive dgn wang simpanan je dulu sambil cari kerja. pendek kate duit asyik keluar jelah sejak pandemic ni..boleh ke gitu?ataupun ade cara lain supaya akaun boleh bukak jugak. tq utk reply
sy nak pakai duit i sinar je. income xde masuk lg sejak pandemic. duit keluar je. skg ni support pakai duit saving smbi cari kerja. boleh ke bukak ngn AMP futures ni tuan.
Boleh cuba. Tapi kalau itu sahaja duit yang ada, lebih baik jangan trade lagi
sy dh daftar demo utk amp futures ni. mcm xde pon fcpo tuan. ke sy silap
FCPO broker di Malaysia saja
Nasihat saya, jika itu saja lebihan wang yang ada, diminta jangan trade Futures. Kerana market futures ni tak macam Saham, dia volatile, dan juga pergerakkan 1 tick tu = RM25 utk FCPO contoh.
Jadi bayangkan, jika anda enter position, pastu price buat retracement dan menurun sebanyak 30 tick, itu dah floating kerugian RM750. Kalau anda misalkatanya deposit ngam2 RM6k, pastu floating tu pula anda tak close, mmg anda akan dapat margin call, kena top up RM750 sebab overnight. Pastu kesesokkan paginya pula, tiba2 price gap lagi ke bawah (FCPO selalu gap), terus dari floating RM750 skang naik ke RM1500. Sakit tu bro.
Pengalaman saya masa mula-mula dulu trade FCPO, saya depo RM8.5k, hari pertama untung RM1.2k dan berjaya close, hari kedua jadi overconfident, taknak close position dan biar dia float, hari ketiga saya biar float lagi tgk2 petang tu dah floating RM3k! Terus saya close. Balance skang ada RM6.7k. Hari keempat dpt balik untung RM1k. Hari kelima buat benda yg sama, tak close position. Float skali lagi sampai dekat RM3k. Petang tu dapat call minta top up. Mmg saya ingat lagi benda ni terjadi kat saya dulu sebab, tapi apa-apa pun, mmg benda ni jadi sebagai pengajaran buat saya. 2 bulan lepas tu ada duit skit baru depo lagi RM40k, baru lah senang hati skit. So nasihat saya, kalau nak depo kurang dari RM10k, dan jika nak laburkan saving last kita, fikir masak-masak dulu. Boleh je kalau nak dan ilmu dah cukup. Tapi kena tahu risiko dia masih overcome reward.
Terima kasih atas peringatan. Tapi apa kaitan dengan kriteria pemilihan broker?
Salam tuan Faiz,
Macam mana tuan deposit ke AMP global?
Fees mahal x?
Try topstep, asyik blow je ?
Adress icm dlm security alert nie bkn website icm yang betul..yg kt security alert tue mmg scammer..byk sacmmer guna nama seakan nama broker
Jadi, SC salah ke cemana?
Deposit dan withdraw broker ampfutures dengan bank tempatan ada had tak? Risau especially withdraw. Maybank kalau transfer duit ke luar negara guna telegraphic transfer RM5000.50 dan ke atas kena declare apa sebab transfer. Nak tulis apa tu? Huhuu..
Boleh guna foreign bank untuk transfer keluar.
Untuk transfer masuk kurang RM10k tiada masalah.
Kalau trade 2 contract, brokerage fee tetap sama ke?
Trade 2 kontrak, fees x 2
berapa modal minimun nak trade futures?
FCPO perlu margin sebanyak RM11000 untuk 1 lot trading