Sebagai seorang Muslilm, kita memang dituntut untuk mencari rezeki dari sumber yang hukumnya halal. Dalam trading juga tak terkecuali, melainkan kalau kita trading for fun dan bukan untuk tujuan profit mahupun mencari pendapatan tambahan. Aku sendiri akan pastikan instrument atau produk yang aku trade adalah dalam kategori patuh Shariah.
Patuh Shariah – Macam Mana Nak Tahu?
Dalam mencari instrument atau produk trading yang patuh Shariah, aku akan cari dokumen rasmi dari pihak yang ber-authoriti di Malaysia. Yelah, sebab duduk Malaysia kan. Itu yang paling utamalah. Sekiranya instrument trading yang aku nak trade itu berada di luar Malaysia, aku akan rujuk dokumen rasmi di Malaysia dan buat ‘due diligence‘ berdasarkan dokumen tersebut.
Apa maksud dokumen rasmi ini? Ia adalah dokumen atau hukum yang dikeluarkan oleh pihak ber-autoriti seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan sebagainya. Aku akan cari dua perkara iaitu
- Ada tak hukum yang jelas dikata sesuatu instrument itu haram?
- Ada tak hukum yang jelas dikata sesuatu instrument itu harus?
Kenapa Tak Trade Forex?
Rujuk kembali kepada dua soalan di atas.
Ada tak hukum jelas yang katakan forex haram? Ya ada dari Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ada tak hukum jelas yang katakan forex harus? Tak ada
Jadi aku tinggalkan sahaja. Sebab tiada hukum jelas yang dikeluarkan oleh pihak ber-authoriti mengatakan forex harus.
Macam Mana dengan Options?
Aku tak diskriminasi kepada sebarang instrument. Cuma ini adalah cara aku dan aku tak paksa untuk pembaca mengiyakan apa yang aku buat. Malah aku secara peribadi melihat Instrument Options sangat menarik sebab mempunyai risiko yang kecil dan peluang untuk buat profit yang besar. Namun aku tetap akan buat ‘due deligence’ juga.
Ada tak hukum jelas yang katakan options haram? Tiada
Ada tak hukum jelas yang katakan options harus? Tiada
Jadi dalam hal ini tiada dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak ber-authoriti di Malaysia. Jadi aku tiada rujukan khas dan rasmi untuk dijadikan panduan. Bila tiada rujukan, ada keraguan. Bila ada keraguan, aku ambil jalan selamat untuk tinggal.
Futures Trading Boleh ke?
Aku bukan pegawai bank, bukan broker, juga bukan remiser (ops, sekarang aku remisier) yang punyai koleksi lesen dan sijil berharga ribuan ringgit. Jadi aku perlukan dokumen rasmi untuk dijadikan rujukan dan panduan.
Ada tak hukum jelas yang katakan Futures haram? Tiada
Ada tak hukum jelas yang katakan Futures harus? Ya ada dari Suruhanjaya Sekuriti
Oleh sebab aku hanyalah casual trader, rakyat marhaen seperti orang lain. Jadi aku bukan pihak yang ada autoriti untuk nyatakan sebarang hukum. Ini haram ni, ini halalan toyyiba ni. Jadi sekiranya ada pihak yang tanya
“En Faiz, hukum trade Futures ni halal ke?”
“En Faiz FCPO ni halal ke tak?”
Aku tak sewenang-wenangnya kata “ya boleh” atau “Ya tak boleh”. Sebaliknya aku akan ajak rakan trader yang bertanya untuk sama-sama menelaah dokumen SAC SC. Sebab aku bukan orang yang ada autoriti. Tak layak untuk berikan sebarang hukum.
“Entahlah, aku pun tak tahu. Faiz kata hukum trade futures harus”
Sampai bila eh kita ni nak jadi golongan yang ikut-ikutan? Sebab tak berani nak bertanggungjawab dengan diri sendiri kan? Bila tanya kenapa trade itu dan ini? Sebab si dia kata boleh aku trade lah. Jadi, kalau si dia kata minum air kencing adalah harus sebab boleh hilangkan kebodohan kau minum la? Jadi, aku takkan pernah jadikan sesiapa sahaja individu sebagai rujukan. Biarpun dia kerja jabatan agama mahupun ketua jabatan suruhanjaya sekuriti.
Bukankah lebih baik sekiranya senario berikut berlaku:
“Futures tak boleh trade sebab orang kata gharar”
“Rujuklah dokumen rasmi SAC SC, dalam tu ada sebut pasal gharar. Ada jelaskan macam mana isu gharar ini di atasi dalam niaga hadapan.”
Tapi realitinya
“Oh, aku tau dokumen SAC SC tu ada. Tapi tak faham la bahasa Inggeris”
“Eh kan ada versi bahasa Melayu”
“Tapi, aku tak faham …”
“Kau malas baca kan sebenarnya? Semua nak senang. Semua nak suap. “
Futures Trading Luar Negara?
Untuk instrument futures di luar negara pula aku juga akan rujuk dokumen SAC SC. Ya betul kuasa Suruhanjaya Sekuriti hanya terhad kepada instrument trading yang diterbitkan di Malaysia sahaja. Luar Malaysia dokumen ini tidak punyai sebarang kuasa. Namun, hujah di dalam SAC SC boleh digunakan dalam membantu aku buat keputusan sama ada boleh ke tak nak trade.
Aku ringkaskan tiga kriteria untuk aku filter sebelum trade sebarang instrument Futures Commodity luar negara:
- Bukan instrument yang haram (Contoh babi)
- Bukan barang ribawi (emas, perak, gandum, garam, kurma, barli)
- Ada fizikal delivery (jual beli tanpa barang hukumnya haram kan?)
Perlu diingat produk e-mini tiada fizikal delivery. Jadi ia tidak selari dengan hujah-hujah di dalam dokumen SAC SC dan aku akan tinggalkan.
Kesimpulan
Kesimpulan di sini, aku bukanlah diskriminasi instrument trading. Buat apa nak promote mati-matian “Trade lah Futures”. Bukan aku ada buat kelas besar-besar pun untuk bayar Mercedes mahupun BMW. Tapi sebab yang aku nyatakan panjang lebar di ataslah.
Tapi En Faiz, tak semua orang mampu untuk trade Futures sebab modalnya tinggi.
Itu bermaksud belum masanya lagi untuk individu itu trade Futures. Tapi bukan bermaksud ini jadi lesen besar untuk trade CFD. Sebab CFD tiada barang fizikal didagangkan, hanya pergerakan harga semata.
Hukum tetap hukum.
Terima kasih atas perkongsian dengan klik button share di bawah. Sebagai tanda terima kasih, boleh gunakan kod diskaun 10% ini untuk sebarang pembelian dari web ini. Klik pada “Produk & Servis”. Ini kodnya:
TQSHARE10
Ijin bertanya saya dari Indonesia, berapakah modal untuk trade futures ?
Bergantung pada setiap produk Futures. Lain produk, lain modal (margin requirement). Boleh rujuk margin terkini dari broker: https://www.rhbtradesmart.com/margin-requirements.html
Macammana pulak hukum kalau gunakan intraday margin yang diberikan oleh bank (lebih rendah dari full margin)?
Entah, aku trade full margin. Try tanya remisier masing2
Terima kasih bang saya pun filter kewangan derivatif sebelum menceburinya