Follow Trend Guna Indikator Simple Moving Average

Simple Moving Average adalah contoh indikator common atau dalam bahasa pasarnya, indi yang “koman” diguna dalam analisa teknikal. Ramai trader yang gunakan moving average sebagai panduan untuk trade. Derivative dari Moving Average adalah seperti:

  • Exponential Moving Average (EMA)
  • Double Exponential Moving Average (DEMA)
  • Triple Exponential Moving Avergae (TEMA)
  • Weighted Moving Average (WMA)
  • Guppy Multiple Moving Average
  • Dan banyak lagi

Apa pun namanya, saya suka untuk mencari sesuatu yang simple but applicable dalam trading. Sebab, decision atau keputusan trading mesti dibuat dalam split second dalam live trading. Saya gunakan Simple Moving Average saja dalam contoh ini.

Trend Idea Moving Average

Ok, berdasarkan idea dari GMMA yang menggunakan 2 set kumpulan moving average untuk mendefinasikan trend iaitu short-term (3, 5, 8, 10, 12 dan 15) dan long-term (30, 35, 40, 45, 50 dan 60). Kita bincangkan GMMA pada post lain, cuma kita ambil idea Moving Average cross-over antara price short-term dan price long-term. Untuk itu, saya akan gunakan 2 timeframe yang mewakili short-term iaitu 5 minit dan long-term iaitu 1 jam.

Setting Simple Moving Average

Andaikan dalam 1 hari trading session Crude Oil adalah 23 candlestick yang mewakili 23 jam dan dalam 1 jam ada 12 candlestick 5 minit.
Jadi saya akan gunakan SMA 12 sebagai short-term dan SMA 23 sebagai long-term. Atau senang cerita saya akan gunakan SMA 12 cross-over SMA 23.

Rules:

  • Apabila SMA12 (short-term) cross above SMA 23 (long-term) – permulaan trend bullish
  • Apabila SMA 12 (short-term) cross below SMA 23 (long-term) – permulaan trend bearish
  • Follow trend pada major time frame
  • Entry pada minor time frame

Major Timeframe (1 Jam)

Tunggu SMA cross-over (above or below) pada major timeframe iaitu 1jam. Sebagai contoh, chart Crude Oil 17 Jun 2016, 19:00 seperti di bawah:

Simple Moving Average 1hr CL

Dapat dilihat pada gambar chart di atas, SMA 12 cross-above SMA 23. Berdasarkan rules yang kita buat di atas, apabila short-term SMA cross-above long-term SMA menandakan permulaan trend bullish iaitu menaik. Seterusnya, buka chart instrument yang sama tapi tukar ke timeframe minor iaitu 5 minit.

Simple Moving Average CL 5 minit

Minor Timeframe (5 minit)

Pada masa ini, chart 5 minit kelihatan dah naik tinggi. Jadi, jangan terus masuk market dengan entry BUY. Tapi tunggu dulu sehingga memenuhi keadaan seperti di bawah:

  1. Tunggu market melakukan retracement atau pullback sehingga range antara SMA 12 dan SMA 23SMA-5m-entry
  2. Entry gunakan apa juga teknik yang kita tahu, tak kisah (reversal candle, price pattern, 123 breakout atau apa saja setup) – contoh saya BUY STOP pada harga 47.59
    SMA-5m-buystop
  3. Kira reward dan risk. Selepas order filled pada 47.59, stoploss diletakkan pada 47.49 dan target profit pada 47.79. Reward to Risk Ratio yang saya ambil adalah 2:1
    SMA-5m-rrr
  4. Tawakkal kepada Allah
    SMA-5m-doneBerdasarkan gambar di atas, target profit hit pada harga 47.79

Di sini, beberapa variable yang boleh di tukar dan di fine tune adalah:

  • Major & minor timeframe – boleh guna selain 1jam dan 5minit, kena backtest sendiri
  • Parameter short-term & long-term SMA – boleh guna selain SMA 12 dan SMA 23, kena backtest dan forward test sendiri.

p/s: asalkan faham konsep dan kegunaan tools, tak perlu sangat tercari-cari teknik yang perfect kerana tak ada pun teknik yang perfect.

Share post ini sebagai penghargaan anda

2 thoughts on “Follow Trend Guna Indikator Simple Moving Average”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top