Lunar ingress adalah terma yang digunakan untuk mapping perjalanan bulan merentasi langit dalam sistem Geocentric. Lunar tu apa? Lunar tu bulan dalam bahasa inggeris dipanggil moon. Tau kan bulan? Dalam sebulan biasanya bulan akan bertukar lokasi dari satu zodiac sign ke sign yang lain sebanyak 12 kali. Zodiac sign tu menda? Google sendiri la ye.
Kalau susah nak terima tentang zodiacal system, anggap jelah bulan akan bergerak dalam 360 darjah. Dalam sebulan akan ada 12 point penting yang dipanggil ingress yang membawa maksud dalam proses masuk (in + progress) ke sign yang baru. Daripada total 360 darjah bulatan bahagi 12 akan memberikan jawapan 30, bermaksud ingress akan berlaku setiap gandaan 30 darjah.
Penggunaan Lunar Ingress Dalam Trading
Jadi, apa kaitan dengan trade? atau dalam kata lain macam mana nak gunakan dalam trade? Oh, senang je. Tak payah susah-susah nak lukis macam-macam atas chart. Bila sampai saja tarikh lunar ingress, high probability untuk market reverse. So, time tu boleh la tengok support atau resistance yang terdekat. Itu jam, boleh lah tengok market sedang menuju ke arah support atau resistance. Kalau menuju arah support – boleh buy, kalau menuju arah resistance boleh la sell. Tu jelah, abestu nak expect buat apa benda lagi?
Tapi.. okay2 tau dah. Nak tarikh bila masa lunar ingress la ye? Ok boleh tengok kat bawah la
Saya berbesar hati sekiranya rakan pembaca boleh klik butang share di bawah sambil baca jawapan
July 2, 2018 05:31 PM – 330°
July 5, 2018 04:49 AM – 0°
July 7, 2018 12:51 PM – 30°
July 9, 2018 04:58 PM – 90°
July 11, 2018 05:58 PM – 90°
July 13, 2018 05:31 PM – 120°
July 15, 2018 05:30 PM – 150°
July 17, 2018 07:42 PM – 180°
July 20, 2018 01:13 AM – 210°
July 22, 2018 10:12 AM – 240°
July 24, 2018 09:48 PM – 270°
July 27, 2018 10:41 AM – 300°
July 29, 2018 11:28 PM – 330°
Oh ya, masa adalah dalam format timezone UTC. Untuk market Malaysia, convert sendirilah ye ke timezone MYT. Saja je nak bagi buat kerja sikit 😀 dan satu lagi, untuk lebih efektif. Lunar ingress harus digabungjalinkan dengan pricing system supaya boleh dapatkan harga pasaran yang punyai probability tinggi semasa ingress berlaku. Mungkin lain kali baru rajin nak tulis
p.s: Lunar ingress adalah minor movement, dan hanya untuk very short term trading. Reversal by lunar ingress usually only last for a few hours until a day