Lagi Kitaran Mercury Dalam Turning Point Trading

Dalam post sebelum ini, aku ada tunjukkan cara nak tengok turning point dari specific cycle seperti Mercury speed dan planet declination. Dalam buku George Bayer ada banyak lagi cycle yang boleh dicuba try test kan. Bila dah jumpa cycle yang boleh pakai untuk trade instrument yang kita suka, senyap2 dah la kan. Orang lain kalau nak tahu, kenalah cuba sendiri. No pain no gain orang kampung aku kata.

Kali ini aku nak cuba guna cycle Mercury (Utarid) Retrograde. Rules adalah seperti berikut:

RULE NO 44 – MERCURY HALFWAY RETROGRADE PLACE

Perkara utama yang perlu ada, mestilah data pergerakan planet Utarid. Kalau tak macam mana nak tahu bila point stand-still dari pergerakan retrograde planet Utarid bermula. Kemudian, cari tarikh dimana Utarid mula retrograde dan tarikh di mana Utarid mula beralih dari pergerakan retrograde kepada direct. Dari dua tarikh tersebut, dibahagikan 2 untuk kira “HALFWAY”. Ingat, kira dari start retrograde sehingga start direct dan bukan sebaliknya. Jika tidak kiraan cycle akan jadi lebih panjang dan tak betul.

Contoh, (contoh sahaja untuk mudahkan pengiraan) Utarid mula turn ke pergerakan retrograde pada 1 September 2025, dan turn ke pergerakan direct dari retrograde pada 11 September 2025. Jadi, Mercury halfway retrograde place adalah pada 5 September 2025. Tak susah kan nak kira halfway (11 tolak 1, kemudian bahagi 2). Kejap, salah tulis ke tahun 2025 tu? Eh taklah, data planetary ni memang dah ada in advance sampai 100 tahun akan datang. Sebab tu boleh kira turning point in advance.

“Oooo.. Now only I know dat wan”

“Haaa.. kaaaannn”

 

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top