Baru-baru ini agak ramai trader di Malaysia yang beralih angin kepada FCPO Spread trading. Aku menjangkakan trend ini mungkin akan berterusan kerana spread instrument ada beberapa kelebihan berbanding FCPO Outright.
Antaranya margin lebih rendah, chart almost tiada gap dan movement market spread yang lebih tenang setenang air di kali. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Sebab spread pun boleh melibas kalau tiba time angin tak elok.
Mana Chart Spread ni?
Baik, aku sedikit terkilan dengan ketiadaan chart Spread pada platform Philip Nova. Tapi aku yakin pihak developer sedang usahakan untuk dimasukkan chart spread FCPO ke dalam platform. Gila apa takde chart kan? Macam mana nak trade?
Dapat diperhatikan pada platform Nova, terdapat akses kepada chart untuk market outright.
Tapi sayangnya, untuk spread FCPO masih belum ada akses kepada chart. Hanya ada akses kepada Market Depth dan Order. Untuk scalper dan tape reader mungkin sangat berguna. Untuk casual trader perlu juga chart untuk sedikit analisis.
Jangan risau, ada beberapa alternatif. Antaranya adalah request akses kepada CQG Desktop yang mana ia memberikan akses kepada various market. CQG Desktop juga adalah web base platform dan boleh diguna di mana-mana platform. Namun kecanggihan CQG Desktop datang dengan price tag.
Adakah boleh buka FCPO Spread chart pada platform Tradingview?
Ya, sudah tentu boleh akses Chart Spread pada platform Tradingview. Namun begitu, tidak digalakkan kerana chart spread yang dihasilkan oleh Tradingview adalah sintetik. Bermaksud spread chart diplotkan selepas gunakan formula antara pasangan kontrak outright. Dan bukan diplot menggunakan data dari exchange.
Ada beza ke? Ya ada beza dari segi ketepatan data. Data dari exchange paling clean dan tepat kerana ia menggambarkan data sebenar. Manakala jika diproses secara manual dari pasangan kontrak outright, ada pelbagai error. Mungkin HIGH pada pukul 10:45 di timeframe 15 minit adalah 120 pada data exchange, namun pada data sintetik menunjukkan HIGH adalah 118 atau 122 (sebagai contoh).
Sebagai overview dan rujukan mungkin boleh lihat pada chart sintetik. Namun untuk trade, perlu chart yang betul-betul accurate. Kerana kurang atau lebih 1 tick sahaja boleh sebabkan stop loss trigger atau Target profit tak kena.
Alternatif lain sementara developer Phillip Nova masukkan chart spread dalam platform adalah, tak lain dan tak bukan adalah Bursa Station 🙂
P/S: Nak buka akaun trading Futures boleh hubungi saya melalui contact form ini atau hubungi Telegram admin saya pada link ini.