Antara crude oil dgn soya mana lagi ok trade?
Ini antara soalan yang saya dapat daripada pm di Facebook. Setiap persoalan yang muncul di pm insyaAllah akan saya jawab terus dan sekiranya ia tidak personal dan tidak melibatkan kepentingan mana-mana pihak, maka saya akan cuba untuk berkongsi di sini. Ok, berbalik kepada persoalan tadi antara Crude Oil (CL) dengan Soybean Oil (ZL), mana lagi ok untuk trade?
Obviously, saya akan jawab CL sebab memang saya fokus pada trade Crude Oil sahaja dan tak trade Futures Instrument yang lain. Tapi ini adalah jawapan bias yang tak terpakai untuk semua orang. Setiap individu mempunyai kapasiti masa dan capital yang berbeza. Jadi jawapan yang lebih sesuai adalah bergantung kepada individu. Saya cuba terbitkan satu soalan dari persoalan tersebut.
Kenapa Soybean Oil dan Crude Oil sahaja, sedangkan banyak lagi Futures instrument yang wujud di pasaran. Ok sebagai guideline saya kongsikan beberapa tips dalam pemilihan futures instrument untuk trade. Adakah anda fokus kepada:
Value per tick (Nilai untung/rugi bagi setiap pergerakan tick)
Sekiranya anda mencari futures instrument yang memberikan value per tick yang tinggi, Copper Futures mungkin menjadi pilihan yang baik. Setiap pergerakan per tick memberikan nilai sebanyak $12.50, atau Sugar #11 Futures yang memberikan value per tick sebanyak $11.00. Value per tick untuk Soybean Oil adalah $6.00 dan Crude Oil adalah $10.00
Trading Flexibility
Bagi yang mahukan flexibility dari segi masa trading, boleh cuba cari Futures instrument yang didagangkan lebih dari 20 jam dalam sehari. Crude Oil, Brent Oil, Natural Gas adalah contoh instrument yang didagangkan lebih 20 jam dalam sehari. Jadi, anda boleh trade pada waktu malam tanpa menggangu komitmen kerja hakiki pada waktu siang.
Margin Requirement (Modal Permulaan)
Anda boleh trade seberapa banyak instrument yang anda mahu. Tapi modal akan menjadi limitation kepada anda. Setiap instrument perlukan minimum initial margin, iaitu satu amount minimum untuk mula trade. Initial margin untuk setiap instrument adalah tak sama. Crude Oil ($3190), Soybean Oil ($786.50), Copper ($2530), Sugar #11 ($1848) – harga adalah dalam USD.
Penafian: Ini bukanlah guideline yang mutlak untuk dijadikan benchmark rasmi untuk buat pilihan Futures Intrument sebelum mula trade. Tapi sedikit sebanyak boleh memberikan idea awal sebelum kita fokus untuk trade mana-mana Futures Instrument.
Kenapa perlu fokus pada satu Futures Instrument sahaja? Kalau trade lebih banyak instrument, kan lagi tinggi peluang untuk profit? Bagi saya, lebih baik fokus pada satu instrument dan kenal betul-betul perangai market yang kita trade. Kiranya macam ni la, makan nasi arab kat kedai arab dengan makan nasi arab kat kedai mamak, mana satu lagi sedap? Kedai mamak kan ada macam-macam, tapi kenapa makan nasi arab di kedai arab lagi sedap? Sebab dia fokus kepada satu menu sahaja, iaitu nasi arab. Ok lapar, makan dulu. 😀