Time Trader adalah Rare Trader

Aku pernah dengar ungkapan ini. Tapi tak ingat pula di mana. Rare ke eh? Ya, aku rasa pun rare juga lah. Since aku menjebakkan diri dalam trading belasan tahun lalu. Tak pernah seorang manusia pun yang perkenalkan aku tentang “TIME Trading”.

Maksud TIME trading ni bukanlah boleh trade melangkaui masa dan ruang macam Dr. Strange mahupun Antman. Tapi ia adalah seni analisa masa pada trading. Atau lebih mudahnya macam ni lah.

“Pukul 8 nanti ada entry”

“Entry takde lagi ni tak perlu tengok chart, dalam pukul 9:05 malam nanti baru market akan reverse”

Haaa.. lebih kurang begitulah secara ringkasnya.

Aku dulu pelik nak fikir, macam mana lah nak analisa masa ni? yela, sejak belasan tahun dulu yang sering diajar adalah analisa berdasarkan indikator dan juga analisa teknikal yang pelbagai. Sebagai contoh analisa market guna Harmonic Pattern, Elliotwave mahupun seringkas support and resistance.

Secara asasnya, technical analisis (yang aku nampak la sebelum ini) banyak beranalisa berdasarkan retracement atau pullback. Bermaksud harga itu berpatah balik menujuk ke support atau resistance sebelumnya. Namun, ia tidak boleh berlaku pada TIME atau masa. Bagaimana mungkin masa nak retrace? Bagaimana pula masa nak di pullback?

Analisa Cycle (MASA)

Adalah tak mungkin untuk analisa masa berdasarkan idea retracement. Jadi, untuk lakukan analisa masa ini perlukan cycle. Iaitu perkara yang berulang-ulang. Okay, apa yang berulang-ulang? Boleh kita imagine sesuatu yang bulat dan berputar-putar seperti jam, roda, satelit, planet dan sebagainya.

Okay kita ambil contoh paling mudah dan dekat dengan kita iaitu jam. Sekiranya hari ini kita masuk office pukul 9:00AM, adakah esok kita akan masuk office jam 11:13AM? Sudah pasti tidak. Maka kita boleh analisa masa masuk office adalah setiap pukul 9:00AM. Untuk kes ini kita dah tahu pengulangan waktu masuk office adalah setiap 24 jam (9:00AM setiap hari).

Kita cuba replace office itu kepada market A. Maka bolehlah kita katakan, masa reversal untuk market A adalah setiap 24 jam. Iaitu pada 9:00AM setiap hari, market A akan reverse direction. Sekiranya hal ini berlaku, maka senanglah kerja. Tunggu jela setiap hari pukul 9:00AM. Tapi market tidak begitu, sebab masa atau timing untuk reversal adalah unik dan sukar untuk diketahui.

Sukar, tapi tidak mustahil. Sekiranya kita mahir dengan cycle analysis, semua ini akan jadi possible.

Share post ini sebagai penghargaan anda

3 thoughts on “Time Trader adalah Rare Trader”

  1. Depending on what instrument you trade, especially on those forex and gold, due to different earth time zone, the indicator may vary on individual time zone,

    Regards,

      1. yes,
        It about Tokyo, Euro and Us market, which would take over in different,

        Maybe, there is bull during Tokyo time, and suddenly change trend when EU market open, it change subsequently sometime,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top