Dalam Futures trading terdapat pelbagai strategi yang digunakan oleh trader untuk capai objektif masing-masing. Salah satu strategi yang semakin popular dalam kalangan trader Futures adalah “SPREAD TRADING”. Dengar macam familiar kan spread ni? Nampak macam teknikal pulak spread trading ni, tapi sebenarnya simple je.
Sekiranya rakan pembaca dah lama terlibat dalam trading, mesti pernah dengan istilah “Spread BID-ASK”. Haa.. yang itu bukan spread trading ya. Spread bid-ask yang selalu trader forex refer sebagai ganti komisen tu bukanlah spread trading. Spread trading di pasaran Futures tak ada kena mengena dengan spread bid-ask. Sebaliknya spread trading merujuk kepada perbezaan antara dua kontrak futures yang berbeza.
Contoh kontrak Jun harga 4100 dan kontrak Jul harga 4200, jadi spread Jun-Jul adalah 100.
Antara spread yang popular di Malaysia adalah Calendar spread pada pasaran FCPO. Sebagai contoh anda menjangkakan kenaikan harga FCPO pada bulan Jun tapi harga turun pada bulan August. Jadi anda sebagai trader boleh buy kontrak Jun dan sell kontrak August dalam masa yang sama di pasaran spread.
BUY spread JUN-AUG, maka akan execute 2 order fizikal iaitu:
1. BUY kontrak JUN
2. SELL kontrak AUG
Pada statement trading akan tertulis long (buy) position JUN dan short (sell) position AUG. Dan bukan buy JUN-AUG.
Jadi spread adalah istilah STRATEGY buy pada satu kontrak dan sell pada satu kontrak yang lain. Spread bukanlah satu instrument baru atau instrument Futures lain. Sekali lagi ia adalah strategy.
KELEBIHAN SPREAD
Spread trading dalam pasaran Futures mempunyai kelebihan tersendiri. Pertama ia membolehkan trader kurangkan risiko dengan protect position trading terhadap perubahan harga yang tak terjangka. Sebagai contoh, anda sebagai trader sell kontrak Jun tapi market naik pula. Tapi anda tahu yang direction utama adalah bias sell dan kenaikan adalah sementara. Jadi anda boleh BUY kontrak lain (buy JUL boleh, buy Aug boleh, buy Sep boleh dan seterusnya) untuk kurangkan kesan kenaikan. Anda rugi di kontrak JUN, tapi anda dapat cover sikit rugi tu dengan untung dari kontrak yang anda buy.
Kedua, dengan spread trading juga anda boleh hasilkan keuntungan dari perbezaan harga kontrak outright. Sebagai contoh pasaran dalam keadaan menurun. Semua kontrak menurun. Tapi KELAJUAN penurunan antara semua kontrak adalah berbeza-beza. Biasanya kontrak berdekatan lebih laju berbanding kontrak jauh. Jadi SELL di JUN dan BUY di AUG akan sebabkan anda untung pada JUN dan kurang rugi di AUG. Total akan dapat jumlah yang positif.
Ketiga, spread margin adalah lebih rendah dari kontrak tunggal atau outright. Jadi modal yang diperlukan adalah lebih rendah. Contoh semasa post ini ditulis, margin outright FCPO adalah RM8500 manakala margin spread FCPO adalah dari RM1500. Jadi jika anda boleh trade 1 lot di outrigh, di spread anda boleh trade 5 lot.
Walaubagaimanapun, risiko tetap ada. Spread boleh kurangkan risiko sahaja dalam hedging. Tidak boleh hilangkan terus risiko 100%. Jadi trade wisely, learn the right way. Okay.
Nak belajar SPREAD TRADING? Boleh tekan pada chat dan tuliskan “spread”