Oleh kerana para pembaca majoritinya cannot brain bila aku buat analisa gunakan planetary cycle, jadi aku cuba untuk buat analisa berdasarkan lukis dan contengan atas chart. Aku gunakan konsep Gann Angle untuk forecast pergerakan pasaran soybean oil
Daripada chart di atas, pergerakan secara kasar adalah dalam keadaan menurun. Namun dalam pada market bearish, akan ada pullback pada daily yang mana kita boleh take advantage untuk go long dalam tempoh masa yang singkat. Singkat pun kalau dah daily timeframe boleh hold dalam 3 hingga 4 hari juga. Yang penting kena identify level horizontal support dan resistance, juga diagonal support dan resistance. Untuk diagonal aku gunakan Gann Angle
Apa yang aku dapat perhatikan adalah pada Gann Angle level 1×2 memberikan resistance yang bagus. Price action pada angle 1×2 memberi gambaran resistance yang bagus. Gann angle 1×3 dan 1×4 pula memberikan gambaran support yang jelas kerana price seakan-akan memberi rejection pada level tersebut
Pada view yang lain pula, channel di bahagian bawah telah terbentuk dan kelihatan market test lower channel sebanyak 3 kali. Daily bar yang kembali close atas support level pada harga 27.71 menjadi indikasi terbaik untuk go LONG. Juga menjadikan double bottom pattern di daily timeframe. Untuk target, kelihatan pada level harga 29.50 ~ 29.60 untuk resistance. EMA200 indicator juga dijangka akan bertemu dengan price pada zone ini
p.s. planetary cycle berikan gambaran kasar tentang reversal date, untuk entry masih perlukan TA