Bedah Siasat Crude Oil Analysis
Ringkasan: Pergerakan Crude Oil (CL) semalam tiada direction yang jelas, keputusan trading semalam adalah hit trailing stop.
Pergerakan pasaran CL pada timeframe 15 minit menunjukkan sedikit bullish direction atas sebab-sebab berikut:
- Break ke atas bearish trendline (warna merah) dan kekal di atas
- Pasaran membuat new swing high
- Wujud bullish trendline (warna biru) selepas pasaran buat new higher high
- Terdapat confluence antara level support dan trendline
Walaubagaimanapun, pasaran gagal untuk memecahkan level previous swing high (garisan hijau putus-putus). Tiada confirmation yang jelas untuk bullish trend take over bearish. Jadi entry yang dicari considered as premature entry.
Entry hit dan kelihatan memberangsangkan pada beberapa minit awal selepas filled.
Dijangkakan: Pasaran akan membuat tujahan ke atas dengan laju. Tapi setelah beberapa candlestik selepas entry dan pasaran gagal membuat kenaikan, malah tak sentuh pun previous high. Ini adalah petanda bullish masih belum kuat lagi. Lagipun, entry adalah pre-mature kerana kekurangan confirmation dari segi structure seperti dijelaskan sebelum ini.
Hasil keputusan pagi ini adalah, pasaran break minor bullish trendline dengan selambanya.
Dapat dilihat kejatuhan yang memberangsangkan apabila tiada confirmation kepada pergerakan bullish. Kegagalan buyer untuk memecahkan previous swing high dan kekal di atas level tersebut adalah petanda kritikal yang market tak boleh pegi.
Sebaik-baiknya, adalah elakkan trading pada pre-mature entry. Sekiranya dalam kes ini nak juga masuk market, pastikan ada sebab-sebab lain seperti di atas support level, di atas bullish trendline, break ke atas bearish trendline dan sebagainya.
p/s: ini adalah contoh sebenar inevitable trading entry disebabkan oleh greed. Walaupun pasaran telah hint dengan kegagalan untuk pergi lebih jauh ke atas, namun perasaan untuk masuk market kadang kala sukar dielakkan. Jadi, pastikan level stop loss adalah dalam kawalan dan kalau boleh, biar win sikit (kena trailing) dari kena stop loss.