Jika di analogikan teknik trading sebagai makanan, ada bermacam-macam makanan wujud dimuka bumi ini. Kita kecilkan lagi makanan tadi kepada nasi. Ada nasi goreng, ada nasi ayam, nasi minyak, nasi tomato, nasi arab dan macam-macam lagi nasi. Tapi objektif akhir kita tetap satu iaitu “NAK KENYANG”. Betul kan?
Dalam trading ada pelbagai market seperti Ekuiti, Option, Forex, Bond, Futures dan sebagainya. Futures itu sendiri, wujud bermacam-macam teknik trading. Ada yang guna gabungan indikator, atau hanya gunakan naked chart, atau hanya yang memerhatikan pergerakan harga di Depth of Market (DoM) dengan kaedah tape reading. Tak kira apa juga teknik trading objektif akhir adalah “NAK PROFIT”. Betul kan?
Bila bercerita tentang makan nasi, mampu kah untuk kita beli semua nasi yang ada di jual di kedai mak jemah? Ya, mungkin kita mampu untuk beli bermacam-macam nasi. Tapi, mampukah untuk kita makan semua nasi yang dibeli? Tak boleh kan? So, apa kaitan dengan trading? Apa yang saya cuba sampaikan adalah kebanyak dari kita sentiasa melihat dan mencari teknik macam cari nasi.
Ya, mungkin kita mampu untuk beli (bayar) kelas, seminar atau course yang mahal semata-mata untuk belajar teknik trading; macam beli nasi. Tapi akhirnya, apa yang dipelajari tak sempat nak apply. Beli nasi, tapi tak sempat nak makan. Atau tak pernah apply pun teknik yang pernah dipelajari. Jadi apa tujuan kita pergi belajar bermacam-macam teknik? Bukankah objektif asal hanya untuk “NAK PROFIT”? Realitinya, nasi putih dengan lauk telur mata letak kicap pun sudah cukup untuk buat kita kenyang. Tak perlu fancy untuk kenyang, tak perlu fancy sangat pun untuk profit.
Untuk profit yang konsisten dalam trading, tak perlu pun tahu 18 teknik tanpa bayang atau pergi kelas level plutonium. Melainkan kalau kita nak jadi market analyst yang bakal kerja di Bank of Colombo atau nak ambil exam untuk certified in know it all, haa.. yang ni memang kena pegi macam-macam kelas untuk tahu semua benda. Untuk profit teknik jatuh pada nombor 2, kerana apa-apa teknik pun boleh mencapai objektif asal trading iaitu “NAK PROFIT”. Dengan syarat, buat ulang, ulang, ulang, ulang, ulang, ulang. Tak ada rahsia lain.
Ya, proses nak jadi konsisten dan profitable itu adalah satu proses yang sangat membosankan. Bosan gila kot (I mean boring yang sangat boring), nak kena guna teknik yang sama berulang kali. Kena disiplin, jaga money management. Orang lain dah masuk market sebab tahu macam-macam teknik, tapi kita ni je tak masuk-masuk market lagi. Sebab SATU teknik je yang kita guna dan masih tak memberikan signal untuk entry. Sekali lagi apa objektif trade “NAK PROFIT” kan? bukan “NAK SELALU MASUK MARKET”?
Nampak tak, pentingnya objektif trading in the first place. Ekleh, kau kedekut la tu nak reveal teknik trading. Haha. Tak ada maknanya nak kedekut. Saya buat profit pun dari trading. Saya bukan buat duit dari jual teknik pun (buat masa ini). Tak tahulah masa akan datang saya akan pecahkan teknik kepada 10 jenis teknik trading dan pada masa itu saya akan caj 1 teknik trading dengan harga kapak. Baru berbaloi. Nak sangat belajar teknik macam-macam kan.
Ok macam ni, saya bersedia untuk share teknik trading yang saya guna untuk trade Crude Oil hari-hari. Tapi teknik ini adalah sangat membosankan dan tak excited pun. Masuk market pun sekali sahaja sehari. Teknik pun guna trendline je dengan EMA21 sebagai perhiasan nak bagi chart nampak cantik. Oppss, dah terbagitahu pulak.
Boleh je, tapi ada syaratnya:
- Tunjukkan saya anda ada akaun trading Futures yang dibuka di bawah broker yang regulated (Bukan broker bucket shop, bukan broker CFD, bukan broker forex) – Sebab kalau ajar, lepas tu tak ada akaun tak guna. Sia-sia.
- Deposit dalam akaun mestilah 6 x Intraday Margin instrument Crude Oil
- Broker yang anda register mestilah support server side OCO, client-side OCO tanggung sendiri kalau berlaku internet disconnected.
- Upah sepuluh ribu ringgit Malaysia sahaja (money back guarantee 365 hari kalau tak puas hati)
Amacam? Sound feasible? Sebenarnya, saya tak mengajar. Ramai orang tanya nak belajar dari saya, tapi saya tak mengajar. Saya malas nak ajar sesiapa teknik trading sebelum individu tersebut faham mindset dan objektif trading yang betul. Tu je nak bagitau. Tapi kalau ada yang sanggp fullfill syarat di atas, bagitau la.
Mindset yang betul bermula dari pemahaman trading Futures yang betul, trading di tempat yang betul, pada masa yang betul dan kapasiti yang betul. Isi maklumat anda di bawah, saya akan berikan maklumat asas yang patut anda tahu tentang Futures
[wysija_form id=”2″]