Futures kontrak adalah terbitan dari spot market, manakala spread kontrak adalah terbitan dari Futures kontrak. Terbitan inilah yang disebut ‘derivative’ dalam bahasa canggihnya. Sebab itulah, Futures trading diletakkan di bawah exchange Bursa Malaysia Derivative (BMD) dan bukan Bursa Malaysia (stock exchange). Hubungan secara ringkas adalah seperti berikut:
Spot (Cash) –> Futures –> Spread
Kontrak futures secara tunggal dinamakan “OUTRIGHT contract”. Bila dua (2) outright contract dipasangkan (pair), maka terbitlah “SPREAD contract”. Kenapa perlu ada kontrak spread ni? Ada ke orang trade kontrak? Dah lah pergerakan slow, range tak besar, harga pulak pelik siap ada sampai negatif harganya. Macam mana nak trade?
Roll-Over Kontrak
Antara tujuan kontrak spread diwujudkan adalah untuk roll-over kontrak yang menghampiri atau telah sampai tarikh expiry. Sebagai contoh saya ada long position kontrak FCPO Feb 2017 yang mana active traded month adalah dari 16/11/2016 – 15/12/2016. Jadi pada 15/12/2016 sekiranya saya nak hold lagi long position, saya kena pindahkan long position ke kontrak bulan berikutnya iaitu FCPO Mac 2017.
Untuk melakukan ini, saya akan SHORT Spread FCPO Feb2017-Mac2017. Apa yang akan berlaku adalah dua (2) order yang berlawanan akan dilakukan SERENTAK iaitu 1 SHORT order FCPO Feb2017 dan 1 LONG order FCPO Mac2017. Kronologi adalah seperti berikut:
Existing position: LONG FCPO Feb2017
Short spread: SHORT FCPO Feb2017 & LONG FCPO Mac2017 (2 order Serentak dan automatik)
Apa terjadi: SHORT FCPO Feb2017 akan offset existing LONG FCPO Feb2017
Rolled Over: Oleh kerana spread kontrak akan buat 2 order berlawanan, sekarang saya ada LONG position pada kontrak FCPO Mac2017.
Nampak tak macam mana nak hold position pada kontrak futures. Jadi tak pelik kalau volume pada spread chart meningkat semasa rollover date, dan boleh nampak ramai yang SHORT pada kontrak spread FCPO Feb2017-Mac2017 pada 15 Disember 2016 semalam dan kebanyakan antara mereka mungkin nak rollover position long ke next active traded month.
Ada yang minat ke nak tau lebih lanjut pasal spread trading? Share post ni supaya saya tahu ada orang baca dan suka nak tahu lagi.
p/s: spread trading margin adalah lebih rendah dari outright margin
Mana boleh dapat historical spread data & chart ? Terima Kasih.
Data spread contract untuk FCPO boleh dapat dari Bursa Station
Tapi saya bukan Bursa Station members, U ada ini FCPO data & chart kah?
Jika tiada BursaStation, boleh subscribe di http://www.bursastation.com/
hi
for rollover trade – hows the charges as spread trade charges and normal outright charges are diffences
u can close the spread using normal outright contract?
thanks
Hi, commission charge as normal outright. So 1 spread position will cost double.
Yes you can close spread position using outright, provided you have enough margin when you close 1 spread leg