Dalam futures trading semua maklum akan ada berlakunya jualan dan belian. Pernah terfikirkah kalau semua orang buy, siapa yang nak sell? Dan begitulah sebaliknya siapa yang nak beli kalau semua orang sell? Mungkin tiada masalah untuk instrument Futures yang mempunyai volatility dan liquidity yang tinggi dan didagangkan diseluruh dunia. Atau dalam kata lain yang mempunyai jumlah transaksi yang besar seperti international Futures.
Bagaimana pula dengan instrument Futures tempatan seperti Crude Palm Oil Futures (FCPO)? Walaupun ia didagangkan di pasaran antarabangsa, namun trading time FCPO yang sangat terhad mungkin menjadi salah satu penghalang untuk retail trader dari pasaran antarabangsa untuk trade FCPO. Jadi, satu mekanisme diperlukan untuk menggalakkan liquidity pasaran supaya order boleh matched dan filled. Berbalik kepada hukum jual beli, mesti ada jualan baru berlaku beliandan sebaliknya.
Bila semua orang buat belian pada satu harga, siapa pula sukarelawan yang “terpaksa” jual? Ahaa.. Spread trader adalah salah seorang yang akan menjual dikala semua orang membeli dan beli pada masa semua orang menjual. Kenapa? Kerana setiap SATU order yang dibuat pada kontrak spread sebenarnya akan ada DUA order pada DUA kontrak Outright.
BUY kontrak Spread FCPOJan2017-Feb2017 akan trigger 2 order iaitu BUY kontrak FCPOJan2017 dan SELL kontrak FCPO Feb2017. Jadi akan wujud volume untuk sell pada kontrak Feb2017, kerana setiap order BUY pada spread kontrak akan ada BUY pada satu kontrak disusuli dengan order SELL pada kontrak satu lagi. Begitulah sebaliknya, sekiranya SELL kontrak spread maka akan berlaku SELL pada near month dan BUY pada far month.
p/s: Instrument FCPO adalah unik kerana mempunyai kontrak calendar spread hampir setiap bulan. Berbanding dengan international futures yang sama kelas seperti soybean oil yang hanya ada calendar spread setiap 3 bulan.