Futures market telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Di Malaysia instrument yang paling popular adalah Crude Palm Oil Futures (FCPO). Nak buka akaun FCPO pun mudah, tak susah pun. Cuma mungkin kurang pendedahan dari bank pelaburan atau broker di Malaysia. Maka tak ramai antara kita yang tahu akan wujudnya market Futures ini.
Futures ni apa sebenarnya?
Ringkasnya, futures market ni adalah pasaran hutang yang mana pembelian barang dilajutkan penghantarannya. Bayar booking hari ini, tapi penghantaran dilanjutkan pada bulan akan datang. Tambahan dari itu adalah perantara yang mana menemukan antara pembeli dan penjual. Perantara ini sediakan tempat seakan pasar yang besar. Penjual akan hantar barang pada masa yang ditetapkan, manakala pembeli akan datang untuk ambil barang seperti masa yang ditetapkan. Di pasar besar ini, pembeli dan penjual langsung tak mengenali antara satu sama lain. Objektif utama pasar ini adalah untuk sediakan kecairan pasaran, bermaksud penjualan dan pembelian barang boleh dilakukan dengan mudah dan pantas sebab sudah ada pembeli dan penjual yang bersedia membeli dan menjual pada sebarang harga.
Okay, berdasarkan analogi ini. Perantara yang sediakan pasar besar boleh dianalogi sebagai exchange. Di Malaysia exchange untuk pasaran Futures adalah Bursa Malaysia Derivative (BMD). Pembeli boleh dianalogikan sebagai trader yang membeli kontrak iaitu buy position. Penjual pula trader yang menjual kontrak iaitu sell position. Sekiranya buyer pegang kontrak sehingga tarikh expired, maka buyer perlu ambil barang dan buat bayaran penuh. Manakala seller yang pegang kontrak sehingga tarikh expired perlu buat serahan barang. Jika hold kontrak FCPO, maka buyer perlu ambil stock minyak sawit FCPO. Seller pula perlu hantar stock FCPO ke tempat yang ditetapkan.
Adakah semua Futures instrument ada barang fizikal?
Tak semua Futures ada barang fizikal disebalik pergerakan harga. Di Malaysia, ada 3 kategori untuk pasaran derivative Futures iaitu Commodity, Equity dan Financial. Untuk pos ini, kita akan lihat pada commodity sahaja. Di bawah kategori commodity terdapat pasaran berikut:
- Gold Futures (FGLD)
- Crude Palm Oil Futures (FCPO)
- USD RBD Palm Olein Futures (FPOL)
- Crude Palm Kernel Oil Futures (FPKO)
- USD Crude Palm Oil Futures (FUPO)
- USD Tin Futures (FTIN)
Untuk kenalpasti mana satu instrument yang ada barang fizikal sebenar, boleh lihat pada spesifikasi kontrak. Instrument komoditi yang ada barang disebalik pergerakan harga akan tertulis “PHYSICAL DELIVERY” pada Final Settlement. Manakala instrument komoditi yang tiada barang dan hanya berpandukan pergerakan harga semata-mata akan tertulis “CASH SETTLEMENT” pada Final Settlement. Rujuk gambar di bawah (KLIK gambar untuk ke link asal):
FCPO – Ada barang fizikal disebalik pergerakan harga
FGLD – Tiada barang fizikal, hanya pergerakan harga semata
Jadi, perkara utama dalam pemilihan instrument untuk trade adalah perlu ada physical delivery dalam contract specification. Bermaksud ada barang sebenar yang didagangkan dan bukan perjudian pergerakan harga semata-mata.
Tapi, boleh ke kalau kita nak trade FGLD walaupun tiada barang fizikal? Boleh je kalau nak, apa kuasa aku nak halang kau nak trade kan? hehe. Sebab dalam trading platform semua instrument pun ada. Asalkan amaun dalam akaun cukup untuk penuhi keperluan margin, trade sajalah. TAPIII.. ia tak patuh shariah la. Okay, untuk part patuh shariah telah aku tulis pada post lain sebelum ini. Boleh cari, okay.
Jadi Macam mana nak buka akaun?
Boleh hadir di mana-mana cawangan bank pelaburan atau participant Bursa Malaysia yang hampir dengan anda. Pergi kaunter, bagitau nak buka akaun Futures. Minta mereka berikan remisier untuk ajar sekali anda untuk gunakan trading platform. Eh boleh eh? Boleh je. Tak kompiden? Aku boleh bantu, klik link HUBUNGI FAIZ dan isikan persoalan korang. Aku akan reply secepat mungkin, insyaAllah.