Nak buka akaun dengan Futures Broker Local atau Offshore?
Saya pasti ramai rakan yang tertanya-tanya macam mana nak start trade instrument Futures Commodities antarabangsa?
Adakah broker XXX yang menyediakan instrument CFD inikah yang di katakan futures instrument?
Tak ada kah perkhidmatan di Malaysia?
Antara kelebihan trade Futures Commodities di pasaran antarabangsa adalah, waktu aktif trading adalah pada waktu malam di Malaysia. Jadi ia boleh dilakukan secara part time dan tidak mengganggu waktu kerja hakiki. Dari segi kerugian, pergerakan pasaran antarabangsa yang laju membolehkan anda untuk rugi beratus ringgit dalam masa beberapa saat sahaja. Begitu juga sebaliknya dengan potensi keuntungan yang boleh dibuat. Akan tetapi disebalik keuntungan yang dijana, akan terlibat kos-kos berkaitan trading seperti komisen brokerage, yuran langganan platform trading, yuran langganan datafeed dan sebagainya.
Tak dinafikan ada brokerage local di Malaysia (yang berdaftar di bawah Bursa Malaysia) menyediakan kemudahan untuk trade instrument futures antarabangsa seperti Crude Oil, Soy Bean Oil, Cocoa dan Sugar #11. Akan tetapi caj komisen yang mahal dan tiada kemudahan trading platform beserta chart yang efisyen antara trade-off yang saya rasakan berbaloi untuk diambil kira.
Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan untuk membuka akaun dan trade pasaran antarabangsa menggunakan brokerage local di Malaysia, ini pendapat saya:
Broker Local di Malaysia | Broker Luar Negara | |
Komisen | $10 per side | $10 per round turn / kurang |
Trading Platform | J-Trader | Macam-macam |
Charting Platform | Tiada | Macam-macam |
Datafeed | Patsystem | Rithmic, Continuum, CQG |
24×7 Support | Bergantung | Bergantung |
Intraday Margin | Tiada | Sehingga 25% x Initial margin |
Cukai & GST | Termasuk dalam komisen | Pandai-pandai declare 😀 |
*Perbandingan adalah berdasarkan broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia atau CMEGroup & bukan bucketshop broker
Apa yang menarik perhatian saya untuk trade di broker antarabangsa adalah pakej yang disediakan irresistable. Bukanlah saya tak mahu trade di broker local, tapi saya dah cuba untuk negotiate dari segi komisen, datafeed dan margin (oklah, chart boleh pakai web investing.com). Tetapi siapalah saya untuk mengubah polisi produk mereka. Jadi saya ambil initiatif untuk buka saja akaun dengan brokerage luar negara (pastikan yang berdaftar di bawah CMEGroup) kerana pakej yang mereka tawarkan sangat “menguntungkan”.
Apakah kriteria yang saya pertimbangkan untuk buka akaun di broker antarabangsa:
Berdaftar di bawah CMEGroup
Sebelum mulakan apa-apa, saya akan buat pemeriksaan di laman web CMEGroup Broker Directory. Sama ada broker ada tersenarai di bawah CME atau tidak. Sekiranya ada, boleh teruskan. Sekiranya tiada, tinggalkan saja ada banyak lagi senarai broker di situ. Tapi kalau nak juga spesifik broker kajian mendalam lagi perlu dilakukan.
Berapa lama dalam pasaran
Tempoh sesuatu broker berada dalam pasaran boleh dianggap ia adalah sebuah broker yang established dan mempunyai kewangan yang kukuh. Benchmark yang biasa saya tetapkan adalah 5 tahun dan ke atas.
Kemudahan untuk deposit dan withdraw
Pastikan semua transaksi adalah melalui Telegraphic Transfer (TT) sahaja, iaitu pemindahan duit ke luar negara melalui bank di Malaysia. Pada masa post ini ditulis, limit pemindahan dari Malaysia ke luar negara adalah RM10,000 sehari. Sekiranya lebih dari RM10k, perlu dapatkan pengesahan dari bank negara.
Sekiranya broker menyediakan pemindahan dana selain dari TT sebagai contoh, bayaran melalu Paypal, kad kredit, dan sebagainya, ketahuilah bahawa broker yang berdaftar HANYA terima TT sahaja sebagai kaedah pemindahan dana.
Menyediakan Platform Trading & Charting
Sudah tentu kemudahan platform trading dan charting ni penting. Kalau tak ada chart macam mana nak trade. Kalau tak ada trading platform macam mana nak execute order. Ada antara broker yang menyediakan platform trading bersama dengan charting platform secara percuma, tanpa sewaan bulanan atau bayaran tambahan. Menarik kan?
Menyediakan Futures Datafeed
Ada trading & charting platform tiada guna tanpa sambungan datafeed. Realtime datafeed perlu ditanggung oleh trader dengan bayaran bulanan. Datafeed boleh didapati dari penyedia datafeed seperti Rithmic, CQG, Continuum, Kinetick dan sebagainya. Akan tetapi kos adalah sedikit mahal. Jadi carilah broker yang ada sediakan harga subsidi untuk datafeed. Biasanya rata-rata broker akan sediakan datafeed dengan harga bulanan $5 untuk 1 exchange. Bundle semua exchange $15.
Sebagai contoh, sekiranya saya trade CL di bawah exchange NYMEX, saya perlu bayar $5 sahaja sebulan. Sekiranya saya trade instrument dari 2 exchange berlainan seperti ZL di bawah exchange CBOT dan CL di bawah NYMEX, saya perlu bayar $10 sebulan untuk exchange CBOT dan NYMEX. Okay la tu, kira murah la kan.
Inilah antara guideline yang saya gunakan personally untuk pemilihan brokerage. Apa yang saya buat, saya browse satu-satu senarai broker di laman web CMEGroup Broker Directory. Saya dapatkan pakej yang ditawarkan di website mereka, emel support untuk tengok berapa lama masa diambil untuk mereka respon. Tak perlu terburu-buru. Relax saja.
p/s: Sebagai trader, chart adalah benda yang sangat diperlukan. Software dan datafeed yang bagus dan berkualiti adalah sangat penting untuk menghasilkan chart yang berkualiti, supaya aktiviti trading tak diganggu oleh masalah teknikal yang remeh.
berapa had limit withdrawal yang dibenarkan Bank Negara dalam sehari/sebulan (had yang tak perlu declare)?
kena call bank yang diguna untuk terima duit, tanya berapa
Assalam tuan. Betul ke kalau kita trade futures macam crude oil menggunakan foreign broker salah di sisi undang-undang Malaysia? Sbb sy pernah dengar ada orang cakap macam tu.
Ya memang betul. Salah disisi undang-undang under Foreign Exchange Act Notice 5. Boleh hubungi BNM untuk maklumat lanjut