Cycle Analysis 101 Part 1

Di kala kita sedang hadapi keadaan sukar dengan penularan wabak Covid-19, aku dapat lihat perkembangan positif dari segi cycle analysis. Semakin ramai yang mengatakan tentang cycle. Dan idea cycle ini semakin boleh diterima. Jadi, aku pun nak lah juga tulis berkenaan cycle analysis dari perspektif seorang trader. Yang mana nanti kita akan dapat lihat aplikasi cycle analysis pada market yang kita trade. Sebab aku tengok ramai dah aware, tapi tiada aplikasi ke atas market. Betul tak?

Okay, aku mula dengan bahasa layman yang semua orang boleh faham. Mungkin akan melibatkan data dan nombor. Yela, nama pun analisa. Bagaimana bisa tidak melibatkan data dan nombor-nombor kan? Sekali lagi, ini adalah tulisan dari perspektif trader dan bukan seorang pengamal perubatan.

Untuk tujuan perolehan data, kita akan rujuk Wikipedia tentang Senarai Epidemics:

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_epidemics

100 Years Cycle

Ini adalah cycle yang paling popular diperkatakan sekarang. Well, tak susah pun kan nak faham. Outbreak akan berlaku setiap 100 tahun. Kalau dalam bahasa canggih sikit, cycle will repeat every 100 years. Rasanya dah ramai maklum apakah outbreak setiap 100 tahun tersebut? Okay takpe, aku listkan secara ringkas:

  • 1720 – Great Plague of Marseille
  • 1820 – First cholera pandemic
  • 1920 – Spanish flu (pandemic)
  • 2020 – 2019-20 COVID-19 Pandemic

Inilah yang dinamakan CYCLE LENGTH.

Soalan 1: Apakah cycle yang dominan kepada virus outbreak?
Jawapan: Of course 100 years.

Soalan 2: Macam mana kita tahu yang 100 years adalah cycle LENGTH yang dominan ke atas outbreak event?
Jawapan: Dari historical DATA.

Trading 100 Years Cycle Analysis?

Dalam perspektif trading pula, kita boleh gunakan konsep yang sama. Secara teorinya, jika 23 Mac 2020 adalah reversal bagi market XYZ, maka pada 23 Mac 1920 market XYZ pun akan ada reversal.

“Market XYZ tu apa dol? Bagilah contoh market sebenar, takkan aku nak google dan cari data sendiri kot”, jerit netizen yang minta disuap. Oppss. Jadi kita cuba tanya soalan sama:

Apakah cycle yang dominan kepada Dow Jones?
Mungkin 100 tahun kot

Macam mana kita tahu yang 100 years adalah cycle LENGTH yang dominan ke atas outbreak event?
Okay, kita cuba tengok historical lah.

cycle analysis 100 years
Dow Jones 100 years

Gambar di atas adalah chart DOW Jones sepanjang 100 tahun. Ya aku tau, FCPO belum wujud 100 tahun dulu. Kau sabar dulu aku nak tulis ni. Konsep bagi paham dulu. Boleh kan? (Nak forecast FCPO sepanjang 3 bulan, KLIK SINI: http://nak.la/ForecastFCPO)

Ok sambung. Ini bermaksud jika 100 years cycle ini ‘works’ on DOW Jones, maka akan berlaku repetition setiap 100 tahun pada market ini.

DOW Jones 2018 – 2020

Jom zoom in sikit bagi nampak macam mana repetition yang dimaksudkan. Ini adalah chart monthly. Oleh sebab cycle yang kita kaji ini adalah large cycle, maka adalah tak feasible untuk gunakan Daily timeframe mahupun 1 minit. Melainkan kau ada 100 years ticks data, bak datang lah. Kemudian, kita ke belakang 100 tahun.

Dow Jones 1918-1920

Nampak tak macam mana konsep cycle ini? Repetition itu wujud tak? YES ada repetition. Tapi, yang kita kena faham adalah repetition tak semestinya ikut sebiji-sebiji. Pattern mungkin lain, namun repetition tetap akan ada. Tapi… apa yang repeat?

  • Dec 2019 repetition dari Dec 1919
  • Dec 2018 repetition dari Dec 1918
  • Jan 2018 repetition dari Jan 1918

Haa.. kan 100 tahun tu. CYCLE is repetition from the past. Oh ya, kata Cycle trader. Kata Gann Trader totok enthusiast teruk. Takde mentioned ke kat dalam Novel Tunnel Thru The Air (TTTA). Of course ada, pada Chapter 7 yang bermula pada muka surat 77. Tapi 100 years cyle ada pada muka surat 80, 81 dan beberapa lagi. Anyway, familiar dengan nombor 7? I know what you are thinking, tapi aku kurang selesa untuk gunakan hujah Surah Yusuf dalam hal ini kerana aku bukanlah ahli dalam tafsir. Jangan buat main ya.

Perikan dari Novel tulis W.D. Gann Tunnel Thru The Air

Sekarang nampak kan yang TTTA ada pelbagai cycle dan tak terhad kepada market cycle. Next insyaAllah aku sambung repetition yang lebih masuk akal. Yela, macam mana dengan market yang tak sampai 100 tahun ada atas chart? Square of nine? Haha

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top