Untuk trader pemula yang baru kenal cycle dan reversal date akan jumpa dengan istilah baru seperti inversion, forecast, tarikh reversal, cycle logic dan sebagainya. Cuma perlu diingat untuk cycle unfold akan ambil masa. Untuk faham cycle juga ambil masa.
Untuk trader yang dah dapatkan annual forecast market FCPO untuk tahun 2024, relax saja. Cepat-cepat nak gi mana? Anda ada 365 hari untuk observe how the cycle works and how the reversal date unfold.
Apa Itu Tarikh Reversal?
Basically tarikh reversal, seperti namanya adalah tarikh di mana berkebarangkalian tinggi market akan reverse. Very straight forward. Jadi setiap tarikh yang telah dinyatakan in advance boleh di tandakan atas chart menggunakan vertical line atau garis menegak.
“Kenapa perlu marking vertical line ini? Tak marking tak boleh ke sebab kitorang dah lebih 20 tahun experience trading. Takkan nak kena buat marking lagi atas chart. Serabut nanti.”
Marking vertical line sebagai rujukan yang market semakin menghampiri tarikh reversal. Sebagai contoh:
Gambar di bawah adalah marking asal aku buat iaitu anggap inversion line warna merah pada 21 Disember 2023 tiada dan tidak aktif. Jadi expectation aku adalah akan BUY pada 28 Disember 2023. Sebab sekiranya tiada inversion pada 21 Disember, maka market akan turun ke bawah hingga tarikh reversal seterusnya.
*Post ini ditulis pada 27 Disember 2023
Akan tetapi, market bukan kita punya. Hari ini (27 Disember 2023), tiada tanda penurunan, refer gambar di bawah. Sebaliknya market naik pula. Adakah kita nak buat keras nak kata 28 Disember 2023 adalah LOW?
Of course la tak. Kena reacts accordingly. Sebab dah terang-terang market tu tengah menaik menuju ke 28 Disember kan? Kena adapt dengan pergerakan market semasa. Itulah kerja seorang trader. Bukan tunggu signal dari orang. Kan?
Jadi adjust semula marking, dalam kes ini boleh marking 21 Disember sebagai inversion LOW (Satu hari lewat). Jadi next reversal adalah HIGH pada 28 Disember 2023. Fahamkan perenggan ini, boleh baca berkali-kali.
Inversion nak senang faham adalah ‘invert dari direction asal’. Atau alternatif kepada plan asal. Ia tiada pada asalnya, tapi atas apa sahaja sebab market bergerak tak seperti dirancangkan.
Jadi, aku tukar decision untuk buy pada 28 Disember kepada SELL pada 28 Disember 2023.
Adakah aku terus sell membabi buta? Tidak! Jangan jadi bodoh. Reversal date bukan sesuatu yang magik mesti tepat dan mesti jadi.
Sudah tentu aku akan buat analisa teknikal pada lower timeframe untuk make sure market berada pada resistance, ada reversal signal. Then barulah sell.
Secara ringkas
- Tengok cycle untuk tentukan direction
- Baru refer TA untuk entry
Di lower timeframe, ini cara aku buat decision. Cara korang, terpulanglah kepada kaedah TA masing-masing. Korang kan power.
Aku akan sell jika market naik ke resistance 3818 atau turun bawah support 3759 dan become resistance.
Adakah boleh buy lagi?
Boleh sebab dah berada pada support zone dan ada reversal signal.
Tapi adakah boleh hold lama lagi? Oleh sebab ada tarikh reversal pada 28/12, ada kemungkinan market akan buat reversal. Jadi kalau buy, intraday sahaja atau maksimum hold sehingga esok sahaja.
Adakah aku akan buy? tidak!
Sebab tarikh reversal dah dekat.
Jadi aku akan sell ke? Laaa… kan dah bagitahu tadi? Skrol atas balik
Faham kan? simple saja.
Mana nak dapatkan annual forecast FCPO 2024? Klik button oren di bawah:
*Post ini ditulis pada 27 Disember 2023