Bahagi Masa Untuk Part Time Trader Futures

Untuk part time trader yang masih bekerja, tiada masalah untuk trade. Cuma mestilah pandai untuk bahagikan masa kerja yang hakiki dan masa untuk trade. Ada yang bertanya macam mana saya bahagikan masa trade, pada masa yang sama saya juga masih bekerja.

Ya, saya masih kerja sebagai IT engineer. Saya kerja waktu siang macam biasa waktu pejabat. Untuk saya trade tanpa mengganggu waktu kerja harian, senang je. Tak susah pun.

Trade la waktu malam.

Eh, Futures market bukan boleh trade waktu siang je ke?

Tapi tuan, market FCPO kan dari pukul 10:30am sampai 5:59pm je buka?

Part time trader

Begini kawan-kawan. Pasaran Futures itu luas. Ia tak terhad kepada FCPO sahaja. Ada macam-macam instrument (produk) pasaran Futures yang sedia untuk didagangkan. Ada yang didagangkan hampir 24 jam setiap hari.

Saya sendiri telah ambil inisiatif untuk explore produk futures di pasaran antarabangsa dan sekarang saya fokus kepada trade Crude Oil (CL) di bawah pasaran NYMEX. Antara kelebihan yang saya nampak pada CL dan ia sesuai dengan masa dan kapasiti yang saya ada ialah ia didagangkan selama 23 jam setiap hari. Waktu perdana untuk market CL adalah antara 8:00pm hingga 3:00am waktu Malaysia. Jadi tiada masalah untuk saya trade pada waktu malam yang sememangnya jelas diluar waktu pejabat di Malaysia.

Mengapalah kita masih insist untuk trade di pasaran yang susah. Maksud saya kesusah dari segi waktu untuk trade. Ada banyak alternatif disediakan, cuma perlukan kita rajin sikit untuk explore, kaji dan cuba.


Sekiranya anda takut dan risau untuk try and error, saya ada sediakan produk informasi hasil dari pengalaman saya sendiri trade di pasaran antarabangsa. KLIK SINI sekarang – http://bit.ly/FuturesCommodityTrading

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top