[emember_protected for=”5″ custom_msg=’Opps, anda kena login dulu untuk akses Nota Trading Premium. Ia untuk pembeli saja LOGIN SINI. Jika belum ada akses dan nak dapatkan, sila KLIK SINI untuk dapatkan Nota ini. Jika anda pelanggan baru, sila periksa emel dan periksa juga SPAM mailbox. Terima kasih. Oh ya, apa kata tengok apa komen pembaca yang telah dapatkan Nota Trading Premium ini’]

AMARAN: Ini adalah Nota Premium berbayar. Sebagai tanda hormat kepada mereka yang susah payah dapatkan nota ini, saya LARANG keras penyebaran link akses ke nota ini berserta username dan password. Jangan sebarkan kepada sesiapa dalam apa juga bentuk sekalipun. Jika anda rasa ia bermanfaat kepada rakan terdekat, ajak mereka beli sahaja nota ini.

Psikologi di Sebalik Trap Entry

Suka saya berikan penerangan tentang sesuatu setup dengan bermula dari perkara fundamental. Pendekatan melalui pemahaman asas adalah kunci supaya kita tak terikat kepada aspek teknikal tanpa elemen emosi dalam trading. Pada pandangan peribadi saya, tidak ada makna kita menghafal semua teknik sedangkan kita tak faham apa sebenarnya berlaku. Sekiranya kita faham tentang psikologi yang berlaku disebalik pergerakan harga, pasti akan lebih mudah untuk faham apa sahaja teknik trading dan kita takkan terkejar-kejar lagi untuk mencari teknik. Kerana secara dasarnya semua teknik adalah sama. Mungkin beza pada nama sahaja.

Kenapa Trap Entry Ini Terjadi?

Trap entry secara asasnya terjadi apabila pergerakan market yang tricky, seterusnya memerangkap (trap) trader. Pernah terjadi kan, sebaik sahaja kita masuk sesuatu entry. Tak lama lepas tu, kena stop loss. Ia terjadi disebabkan oleh 4 individu atau sekumpulan trader iaitu:

  1. Counter trend trader yang cuba untuk masuk entry breakout dan berharap price akan reverse
  2. Counter trend trader yang cut loss
  3. Trend follower yang trailing stop
  4. Trend follower yang cuba kejar price

Mari kita saksikan pergerakan harga pasaran yang dipengaruhi oleh tindakan 4 golongan trader di atas

SENARIO BEAR TRAP (BUY)

market uptrend

Trend adalah menaik. Secara logik, trend follower trader akan cari buy dan counter trend trader akan cari sell. Saya ulang ya, dalam bentuk point:

  • Trend NAIK (UP Trend)
  • Trend Follower Trader akan cari BUY
  • Counter Trend Trader akan cari SELL

Perlu ingat, tak ada siapa pun yang mahu beli pada harga tinggi dan jual pada harga rendah. Jadi, BUYER akan cuba untuk dapatkan harga serendah mungkin semasa retracement, dan SELLER akan cuba cari harga setinggi mungkin untuk sell. Jom kita lihat apa terjadi kepada 4 golongan trader tadi yang menyumbang kepada entry ini.

1 – Counter Trend Trader Yang Masuk Entry Breakout

sell stop counter trend

Lihat gambar di atas, kebanyakan counter trend trader akan cenderung untuk entry SELL pada breakout structure Higher Low (HL). Trader ini anggap level Higher Low (HL) ini adalah support yang kuat dan bila price break di bawah level ini, market akan reverse dan berharap akan jatuh menjunam. Kecenderungan ini terjadi apabila kita ada mindset untuk jadi yang terawal. Nak jadi yang terawal untuk ride sesuatu trend. Nak jadi yang terawal untuk entry. Saya tujukan lagu ‘Berhenti Berharap’ untuk anda, kerana secara statistik entry sebegini mempunyai kebarangkalian sangat RENDAH untuk menjadi.

2 – Trend Follower Trader Yang Kena Trailing Stop

buyer trailing stop

Kepada trader yang sudah sedia ada position BUY, mereka akan letak trailing stop terlalu awal di bawah level Higher Low (HL). Trailing stop diletakkan untuk protect profit sekiranya market patah balik. Orang kata, lebih baik ada sikit dari tak ada langsung atau loss.

Apa Akan Terjadi Sekiranya Order Sell Stop oleh 2 trader berbeza di atas matched?

Inilah apa yang akan berlaku. Reaksi oleh 2 golongan trader iaitu counter trend trader dan trend follower trader akan akibatkan suasana panik. Bila timbul suasana ini, maka permainan emosi akan mengganggu keseimbangan supply dan demand dalam trading.

3 – Counter Trend Trader Yang Kena Stop Loss

counter trend stop loss

Untuk golongan counter trend trader, apabila order entry sell mereka triggered, mereka akan berharap price akan turun dengan segera. Namun kemunculan GREEN Candle yang kuat membuatkan mereka gusar dan merasakan mereka telah diperangkap (trapped) oleh market. Jadi mereka akan letakkan stop loss dengan segera menjadikan sentimen buyer meningkat.

4 – Trend Follower Yang Re-Entry dan Cuba Kejar Price

Untuk trend follower trader yang baru sahaja hit trailing stop, mula-mula mereka akan rasa

“Fuhh, selamat aku letak trailing stop. Kalau price reverse at least adalah sikit profit”

Akan tetapi setelah beberapa ketika, golongan trend follower menjadi tak keruan bila nampak strong green candle. Keadaan ini mencipta suasana panik dan mereka akan cuba untuk buy back untuk masuk kembali (re-entry) dalam market.

Pada ketika ini, ada satu lagi golongan trend follower yang masih ragu-ragu,

“Green candle dah ada, betul ke market nak continue move”

Sikap ragu-ragu ini akan mencipta suasana bimbang dan cemas apabila trader ini nampak lebih banyak green candle muncul, satu demi satu. Maka mereka akan masuk market dalam keadaan tergesa-gesa. Masing-masing akan buy market, buy, buy, buy, buy. Perbuatan ini bagaikan simbah petrol pada api yang akan marakkan lagi pembakaran.

buyer panik

Implikasi dari perang psikologi menjadikan market terus naik pada level lebih tinggi.

impak trap entry

Jadi, adalah penting untuk faham psikologi pasaran disebalik pelbagai teknik yang kita pernah pelajari. Cuba fikir sejenak, ada tak elemen ini pada teknik trading sedia ada yang pernah kita pelajari?

SENARIO BULL TRAP (SELL)

Dalam fasa market menurun, trend follower akan sentiasa mencari entry SELL dan counter trend trader akan cari BUY. Seperti senario sebelum ini, kita sendiri pun akan berusaha untuk sell pada harga tinggi dan buy pada harga terendah. Analogi kepada 4 golongan trader yang menyumbang kepada trap entry ini adalah terbalik kepada senario pertama. Jom kita tengok.

1 – Counter Trend Trader Yang Masuk Entry Breakout

counter trend buy

Dalam gambar, kelihatan market dalam keadaan downtrend. Bagi golongan atau individu yang suka counter trend membabi buta, mereka akan buat pending order untuk buy di atas level Lower High (LH). Mereka beranggapan apabila market break level LH iaitu level resistance, market akan reverse dan terus naik. Namun, secara statistik ia mempunyai probability yang sangat rendah untuk terjadi.

2 – Trend Follower Trader Yang Kena Trailing Stop

Trader yang sudah sememangnya ada position entry SELL, mereka akan protect keuntungan (profit) dengan meletakkan trailing stop. Sekiranya market reverse, mereka sudah lock profit yang sedia ada. Jadi, kebanyakan trader akan buat trailing stop pada level Lower High (LH) sekiranya tengah ada position SELL.

3 – Counter Trend Trader Yang Kena Stop Loss

Jika anda baru sahaja entry buy, apakah perasaan anda bila nampak STRONG red candlestick macam gambar di atas? Ini terjadi sebaik sahaja entry buy tersebut matched. Jadi apakah tindakan anda?

  • Action 1 – Terus letak stop loss?
  • Action 2 – Cut loss immediately, serta merta?
  • Action 3 – Tunggu dulu, kejap lagi naik la tu

Ahaa, keadaan panik pada Action 1 dan Action 2 di atas akan sebabkan market bergerak lebih rendah. Sebab, sekiranya anda dalam position BUY, apakah order entry yang anda akan buat untuk tutup position BUY? Ya order SELL kan? Jadi order sell akan menjadi terlalu banyak dan perbuatan cut loss ini akan tambah lagi sentimen sell dalam pasaran. Seterusnya jadi pencetus market untuk turun lagi.

4 – Trend Follower Yang Re-Entry dan Cuba Kejar Price

Untuk seller yang kena trailing stop, mungkin reaksi mereka adalah:

“Alamak, kena trailing stop pulak. Ingat market nak kuat turun”

Tapikan, bila nampak candlestick merah panjang dan besar lepas kena trailing stop. Seller tadi mesti rasa,

“Aku dah agak dah market nak continue turun. Kena trailing stop je, mesti sambung turun”

Sambil itu, tangan seller tadi dah ready kat button SELL MARKET, atau SELL STOP.

Aksi dan reaksi dari trader ini tambah lagi sentimen sell. Simbah lagi petrol, simbah minyak tanah, tambah bahan bakar. Maka berdedai-dedai market jatuh. Make sense?

 

TRADING SETUP (TRAP ENTRY)

Setup TRAP entry adalah sesuai pada semua time frame. Ia adalah setup berdasarkan chart pattern dari “kepercayaan penganut” Price Action. Saya menggunakan teknik ini pada chart 1 minit atau chart volume. Chart volume adalah candlestick nya di bina berdasarkan volume dan bukan masa. Kita akan bincangkan tentang chart jenis volume ini nanti di lain masa. Sekarang kita akan fokus kepada trap setup.

Ada beberapa chart pattern yang mempunyai high probability tinggi untuk win. Ia bukanlah chart pattern yang selalu kita dengar seperti head and shoulder, cup and handle dan sebagainya. Tetapi ia lebih kepada pattern pemahaman. Ada beberapa chart pattern yang saya dan team (ya saya ada team) amalkan. Trap setup adalah salah satu daripadanya.

Berapakah Target Profit dan Instrument Apa Digunakan

Target Profit yang dicadangkan untuk penggunaan 1 minit atau volume chart adalah 10 ticks hingga 20 ticks sahaja. Lebih dari itu, tak digalakkan. Instrument yang dicadangkan adalah instrument yang punyai range harian yang besar seperti Crude Oil. Untuk timeframe lain dan instrument lain, saya dan team tak pernah gunakan setup ini. Namun, anda bebas untuk test pada instrument lain dan timeframe lain atas risiko sendiri.

 

BULL TRAP (Untuk Entry Sell)

Asas kepada setup ini adalah structur pasaran (market structure) dan indikator EMA21 pada chart sebagai panduan. EMA21 digunakan sebagai simbolik kepada 23 jam trading hours Crude Oil.

Langkah 1

Pastikan ada terbentuk struktur menurun iaitu High, Low, Lower High, Lower Low. Lukiskan jika perlu. Jangan malas ataupun malu untuk melukis, orang putih kata better safe than sorry.

 

Langkah 2

Tunggu sehingga harga pasaran melepasi level LOWER HIGH terdekat. Kita buat andaian, sekiranya kita adalah counter trend trader di mana kita akan diperangkap untuk masuk BUY. Kawsan Lower High adalah berkemungkinan tinggi untuk counter trend trader yang beginner diperangkap. Pastikan juga harga telah mendekati atau melepasi level EMA21.

 

Langkah 3

Apabila harga telah melepasi level Lower High, tunggu sehingga terbentuk candlestick bearish (warna merah) yang kuat. Pastikan ia CLOSE di bawah atau berhampiran dengan EMA21. Kemudian, letakkan entry SELL STOP LIMIT di bawah candlestick merah tersebut.

JANGAN ENTRY sekiranya:

  • Tiada STRONG Red Candlestick
  • Bearish Candlestick tak close berhampiran EMA21
  • Bearish Candlestick close di atas EMA21 dengan jarak lebih dari 1 tick
  • Ingat rule di atas

 

Langkah 4

Setelah entry trigger, letakkan STOP LOSS dahulu, kemudian TARGET PROFIT. Sekiranya broker anda gunakan membenarkan order jenis OCO, ia adalah lebih baik digunakan. Risk Reward Ratio yang saya gunakan adalah 1:1.5 iaitu 10 ticks stop loss dan 15 ticks target profit.

Namun, anda bebas untuk tentukan sendiri RRR anda. Sekiranya anda sanggup ambil risiko lebih, buatlah RRR 1:2, iaitu 10 ticks stop loss dan 20 ticks target profit. Atau anda jenis yang defensive, ambil saja RRR 1:1 iaitu 10 ticks stop loss dan 10 ticks target profit. Tapi perlu diingat, pilih satu sahaja RRR anda. Once dah pilih, jangan sesekali tukar, kerana ia akan memberi impak yang sangat besar pada jangka masa panjang.

BEAR TRAP (Untuk Entry Buy)

Seperti bull trap setup, bear trap setup juga mempunyai psikologi yang sama cuma ia terbalik. Sebagai contoh, untuk bull trap kita akan cari struktur pasaran menurun iaitu High, Low, Lower High, Lower Low. Untuk mencari setup bear trap, kita akan mencari struktur pasaran menaik iaitu Low, High, Higher Low, Higher High.

Ok macam ni, untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan dua hala. Supaya saya tak rasa syok sendiri, sebab saya pun taktahu anda yang baca ni faham atau tak. Apa kata, saya tinggalkan kepada anda untuk kenal pasti setup bear trap. Buka chart dan cuba untuk kenal pasti pattern trap ini. 

[/emember_protected]

Facebook Comment

Scroll to Top