Bagi trader yang mengamalkan analisa teknikal chart memang tak boleh dipisahkan. Tanpa mengira trader Futures, Forex, atau Stock Market semuanya akan merujuk kepada carta. Ada yang selesa menggunakan candlestick, ada yang selesa gunakan bar chart dan tak disangkal ada yang gemar gunakan line chart sahaja untuk analisa teknikal.
Jenis chart candlestick yang menunjukkan instrument berbeza iaitu Crude Oil, EUR/USD, Stock Apple – Sumber chart http://investing.com
Apa Ada Pada Chart?
Mungkin sudah sedia maklum yang candlestick dan bar mengandungi maklumat harga (open, high, low, close) pada satu-satu sela masa (timeframe). Manakala line chart biasanya akan plot harga close sesuatu instrument. Tapi disebalik harga-harga ini, penting untuk kita faham apa yang didagangkan?
Sebagai contoh, mari kita lihat apa ada pada chart komoditi:
- Chart komoditi Crude Oil – Disandarkan pada harga semasa minyak mentah
- Chart komoditi FCPO – Disandarkan pada harga minyak sawit mentah
- Chart komoditi Copper – Disandarkan pada harga copper
Chart Komoditi Berpasangan (Pair)
Very straight forward harga yang bergerak pada chart adalah harga komoditi itu sendiri. Macam mana dengan chart yang berpasangan (pair) seperti Spread Contract dan Forex? Saya mulakan dengan contoh dari pasaran spread komoditi. Di pasaran futures commodity, ada pelbagai kontrak hadapan. Januari, Februari, Mac, April dan seterusnya. Kontrak bulanan ini dikenali sebagai outright month.
Gabungan 2 kontrak outright, maka akan terhasilnya Spread Kontrak. Sebagai contoh:
- FCPO Jan2016 – FCPO Feb2016
- CL Feb2017 – CL Mac2018
- NG Dec2016 – NG Jan2017
Disebelah kiri dipanggil near month, dan disebelah kanan dipanggil far month. Apakah harga yang dirujuk pada chart spread? Ahaa.. harga pada chart spread adalah beza antara near month dengan far month. NEAR MONTH tolak FAR MONTH. Macam mana kalau harga pada far month lebih tinggi dari harga near month, macam mana nak tolak? Maka harga pada chart akan jadi negatif.
Trade Chart Pair – Apa yang terjadi sebenarnya?
Apa akan jadi bila kita BUY kontrak spread FCPO Jan2016 – FCPO Feb2016? Akan berlaku 2 transaksi dalam masa yang sama iaitu:
BUY FCPO Jan2016 & SELL FCPO Feb2016
Bila SELL kontrak spread FCPO Jan2016 – FCPO Feb2016?
SELL FCPO Jan2016 & BUY FCPO Feb2016
Personalan: Siapa yang buy dan siapa yang akan sell? Kedua-dua transaksi dilakukan oleh trader. Katalah trader hold position BUY kontrak spread FCPO Jan2016 – FCPO Feb2016 sehingga kontrak expired. Maka trader kena ambil stok minyak pada Januari 2016. Kemudian trader perlu hantar minyak pada Februari 2016.
Benda yang sama juga berlaku pada chart Forex. Apa ada pada EUR/USD? harga yang terpapar adalah perbezaan harga antara matawang EUR dengan matawang USD. Make sense? Jadi apa berlaku:
Bila kita BUY EUR/USD?
BUY Matawang EURO & SELL Matawang USD
Bila SELL EUR/USD?
SELL Matawang EURO & BUY Matawang USD
Persoalan: Siapa yang buy dan siapa yang sell? Dari pembacaan saya (betulkan sekiranya saya salah), sekiranya trader BUY EUR bermaksud trader akan dapat matawang Euro, maka yang ‘terpaksa’ SELL USD adalah dari pihak broker. Begitulah sebaliknya jika trader nak SELL EUR/USD. Jadi adakah pair forex itu sendiri adalah spread? Pada pandangan peribadi saya, ya sudah tentu kerana nilai harga yang ditunjukkan oleh pair adalah hasil tolak Matawang disebelah kiri dengan matawang disebelah kanan.
p/s: Pergerakan pada chart pun menepati hukum alam. Bila nak buy, mesti ada someone yang willing to sell.