Postmortem trading dari keputusan trading semalam adalah, gagal untuk mendapat 100 ticks walaupun trading plan dah buat awal. Biasalah kita hanya merancang Allah juga yang Maha berkuasa menentukan. Sedikit postmortem trading semalam dengan 3 kali entry dan ketiga-tiganya kena trailing stop.
Postmortem trading: 2 kali entry SELL dan 1 kali entry BUY dan kesemua entry trigger trailing stop
Kawasan entry adalah seperti di bawah:
Chart dari – http://www.investing.com/commodities/crude-oil-streaming-chart
Pergerakan Crude Oil dalam Range
Chart dari – http://www.investing.com/commodities/crude-oil-streaming-chart
Market semalam tak bergerak ke level yang dirancangkan walaupun movement bergerak ikut perancangan. Iaitu bergerak ke bawah dahulu untuk SELL kemudian baru bergerak ke atas untuk entry BUY. Dapat diperhatikan movement semalam membentuk satu lagi range kecil antara lower channel dan middle channel yang berwarna hijau. Mungkin ada yang tertanya-tanya, market dah gerak 20-30 ticks kenapa tak ambil? Sebab trading style saya yang mencari 100ticks dalam setiap trade. 🙂
P/s: Sedikit kesilapan yang mungkin boleh dibaiki adalah entry pada candlestick breakout instead of structure breakout (1-2-3 breakout)