Oleh kerana semalam Crude Oil agak menggila dengan gap dan pergerakan yang agresif, jadi saya off trade dan let the market unfold. Mungkin kerana keputusan OPEC untuk sekat pengeluaran minyak mentah menyebabkan kenaikan CL. Tapi tak sure la sebab saya bukan tengok sangat news, saja je poyo sebut pasal OPEC sebab kebetulan weekend hari tu ada keluar kat Nightline. 😀
Sumber chart: http://investing.com/commodities/crude-oil-streaming-chart
Trading Plan Explain
Okay, untuk malam ini 13 December 2016 saya punya trading plan Crude Oil adalah macam gambar di atas. Analisa yang saya buat adalah simple je. Tak ada guna macam-macam indicator yang pelik. The simple the better. Saya berpegang kepada konsep KISS iaitu Keep It Simple Stupid (atau apa-apa yang korang rasa sesuai).
Gap:Â Dari semalam, price CL belum lagi tutup gap. Jadi kemungkinan untuk naik lagi adalah tinggi. Tambahan, pergerakan menurun telah break previous market open price. Kemungkinan bear trap.
Range: Dari segi range, pergerakan price CL masih belum sentuh middle range. Kemungkinan besar akan berlaku re-test pada level mid-range. Price juga mungkin akan re-test level resistance dan menyebabkan harga kembali bergerak ke bawah.
Entry: Sekiranya berlaku seperti yang digambarkan, plan adalah untuk entry SELL pada level resistance untuk intraday dan take profit sekitar level mid-range. Cubaan kedua untuk entry BUY apabila price CL melewati atau sentuh atau break level mid-range.
Risk: Ada kemungkinan untuk price terus turun dan tak patah balik selepas break level mid-range.
P/s: Walau power mana pun teknik trading anda, jangan lupa untuk letak stop loss. Semoga perkongsian ini bermanfaat.