Perkara Penting Selain Teknik Trading

Kalaulah teknik trading adalah perkara paling penting dan dapat menjamin keuntungan, pasti dah ramai orang dapat duit dengan senang lenang. Ya benar, teknik trading yang betul dan mempunyai winning rate yang tinggi sangat diperlukan untuk trade. Takdelah nak trade secara membabi buta je kan.

Tapi pelik ya, walaupun dah pergi bermacam-macam kelas. Dah beli macam-macam custom indicator. Dah join macam-macam group. Tapi masih gagal membuat profit dalam market. Memang tak wujud kah teknik trading yang boleh menjamin keuntungan yang konsisten dalam trading?

Ya, sebenarnya memang tak ada langsung teknik yang menjamin 100% profit dan tak akan loss. Setiap teknik mempunyai peratusan win dan kadar kemenangan yang berbeza. Di sini saya akan tunjukkan kenapa trading dengan gunakan SATU teknik sahaja secara konsisten adalah lebih baik dari tahu banyak teknik dan guna segalanya untuk trade.

Katakan Teknik A, Teknik B dan Teknik C. Ketiga-tiga teknik ini mempunya 50% peratusan kemengangan. Tapi winning rate (masa) yang berbeza.

Dalam 10 kali trade, winning rate untuk teknik A,B dan C adalah seperti berikut:

Teknik TradingTrade 1Trade 2Trade 3Trade 4Trade 5Trade 6Trade 7Trade 8Trade 9Trade 10
ALossLossWinWinLossWinLossWinWinLoss
BWinWinLossLossWinLossWinLossWinLoss
CWinWinLossWinLossWinWinLossLossLoss

 

Katakan seorang trader trade guna teknik A dan B secara gilir-gilir. Trade 1 guna teknik A, trade 2 guna teknik B dan seterusnya. Maka hasilnya adalah seperti berikut:

Teknik TradingTrade 1Trade 2Trade 3Trade 4Trade 5Trade 6Trade 7Trade 8Trade 9Trade 10
A+BLossWinWinLossLossLossLossLossWinLoss

Keputusan adalah membawa kepada penurunan persis kemenangan dari 50% kepada 30%.

Macam mana pula kalau seorang trader trade guna teknik B dan C secara gilir-gilir. Trade 1 guna teknik B, trade 2 guna teknik C dan seterusnya. Maka hasilnya adalah seperti berikut:

Teknik TradingTrade 1Trade 2Trade 3Trade 4Trade 5Trade 6Trade 7Trade 8Trade 9Trade 10
B+CWinWinLossWinWinWinWinLossLossLoss

Keputusan adalah improvement dari segi persis kemenangan dari 50% kepada 60%.

So, bagus ke tak bagus?

Jadi bagus ke tak bagus sebenarnya campur aduk teknik? Jika berlaku pada kes yang pertama (teknik A + teknik B) tak bagus la. Kalau berlaku seperti kes kedua (teknik B + teknik C) bagus la sebab peratusan winning naik. Okay ini adalah situasi ideal yang mana setiap kali entry teknik A muncul masuk, setiap kali teknik B muncul masuk, dan selepas masuk teknik A, selagi tak muncul teknik B, tak boleh nak masuk teknik A lagi.

Ini adalah kes sekiranya peratus kejituan teknik trade itu diketahui dengan data-data bernombor iaitu sekurang-kurangnya ada item masa dan profit & loss dan bukan pakai agak-agak. Sekiranya kejituan tak diketahui? Main bedal lepas tu campur aduk teknik. Kebarangkalian ada 2 iaitu akan menjadi semakin bagus (teknik B + teknik C) atau semakin tak bagus (teknik A + teknik B).

Sebab itulah, banyak kali kita dengar seseorang profit, profit, profit pada satu-satu masa walaupun dia campur aduk teknik. Kemudian akan sampai pada satu masa individu tersebut akan krik..krik..krik.. Sebab apa? Sebab kejituan teknik telah bertukar seiring dengan perasaan over confident individu tersebut dalam memasuki pasaran. Make sense?

trading-fishing

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top