Satu perkara yang syok pasal Crude Oil adalah, ia aktif pada waktu malam di Malaysia. Biasanya waktu trade saya tetapkan pada 9pm sehingga 12am sahaja setiap hari, 3 jam sahaja maksimum. Namun sebelum trade, pelan trading mestilah dibuat, barulah kita boleh trade the plan. Dapat dilihat melalui pergerakan semalam Crude Oil dalam keadaan bullish yang kuat. Jadi, sangat bahaya untuk sell pada malam ini.
Melalui chart, dapat dilihat candlestick berwarna hijau yang panjang dan gemuk-gemuk menunjukkan bullish yang kuat. Tiada lagi bukti-bukti kukuh untuk masuk sell. Untuk buy, kita boleh merancang untuk buy semasa market buat pergerakan pullback / retracement. Namun, kesabaran mesti ada untuk menunggu pergerakan pullback atau retracement sampai ke penghujungnya.
Perancangan untuk buy adalah pada level-level yang ditandakan seperti pada chart di atas dengan anak panah berwarna hijau. Ada kemungkinan pasaran akan bergerak dalam “range” yang ditandakan dengan warna kuning (yang di atas). Kita boleh ambil position untuk masuk buy pada lower range, dan target pada upper range. Jangkaan akan berlaku breakout pada upper range, dan sekali lagi boleh ambil position buy sekiranya ada pullback selepas berlakunya breakout.
Satu lagi kemungkinan adalah, price akan melakukan pullback yang agak jauh ke bawah sehingga level support yang ditandakan dengan warna kuning (yang bawah). Ini adalah disebabkan atas faktor news yang akan berlaku pada pukul 8.30 malam (waktu Malaysia) iaitu PPI news. Apa benda PPI tu, saya pun tak tahu. Tahu ada news dan tengok warna merah pada bintang, bermaksud high impact. 🙂
Sekiranya berlaku pullback sebegitu, relax dan tidak perlu tergesa-gesa. Tunggu sehingga bearish pada pullback lemah dan bullish kembali beraksi. Boleh diaplikasikan konsep counter minor trend (bearish pullback) untuk follow kembali major trend (bullish). Atau dalam kata lain, tunggu sehingga trend bearish terbatal dan masuk entry buy menggunakan apa-apa setup yang kita tahu, EMA crossover ke, breakout 123 ke, market order ke. Apa-apa pun boleh saja.