Bagi saya, adalah normal bagi masyarakat di Malaysia untuk kenal saham dan forex berbanding Pasaran Hadapan atau Futures Trading. Bila ditunjukkan bar chart atau candlestick, mesti automatik jawapan yang akan diterima adalah Saham atau Forex. Mengapa ya agaknya?
Chart Crude Oil Futures
Tahukah anda yang selain dari 2 jenis market yang popular ini (saham dan forex), ada juga market yang menggunakan chart? Ia adalah Futures Market. Di Malaysia, Futures market didagangkan di bawah exchange Bursa Malaysia Derivative (BMD). Ia terbahagi kepada 3 kategori yang utama iaitu:
Commodity Derivatives | Crude Palm Oil Futures (FCPO), Gold Futures (FGLD) |
Equity Derivatives | FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI), Single Stock Futures (SSFs) |
Financial Derivatives | 3 Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate Futures (FKB3), 3-Year Malaysian Government Securities Futures (FMG3) |
Antara produk dalam 3 kategori Futures di Malaysia
Website Bursa Malaysia menunjukkan 3 kategori utama untuk pasaran derivative (pasaran terbitan iaitu Futures)
Futures didagangkan di bawah Bursa Malaysia Derivative kerana ia merupakan pasaran terbitan dari pasaran sedia ada. Dalam bahasa mudahnya, pasaran hadapan (futures market) adalah terbitan dari pasaran tunai (spot market) dan juga forward market. Futures adalah pasaran hutang di mana delivery untuk produk yang didagangkan berlaku pada masa hadapan bergantung kepada bulan sesuatu kontrak expired.
Anda berminat untuk ketahui lebih tentang Futures Trading? Ya betul, anda ada pilihan untuk buat research sendiri di internet tentang Futures Trading tapi, saya jamin hampir kesemua sumber yang bakal anda baca adalah dalam bahasa tinggi yang sukar difahami. Seriously!
Saya ada tulis berkenaan asas untuk mula trading di pasaran hadapan komoditi. Saya kongsikan perkara-perkara asas pasal Futures Commodity Trading yang rasanya orang malas nak bagitahu.