Trailing stop dan re-entry sebagai trading strategy
Malam ini kurang kental untuk re-entry selepas terkena trailing, dan terpaksa berpuas hati dengan P/L $12.50 selepas tolak komisen brokerage.
Entry adalah pada sell stop 46.79 (tapi filled pada 46.78 kerana slippage) berdasarkan kepada gambar di bawah:
Analisa sebelum entry adalah seperti di bawah:
- Market masih berada di bawah bearish trendline (bearish)
- Masih belum ada momentum bullish (bearish)
- Akan tetapi perlu berhati-hati kerana price telah berada jauh dari trendline dan sensitif terhadap sebarang bullish momentum (jika ada)
- Kemudian cari level-level resistance untuk entry, dan labelkan
- Entry menggunakan candlestick reversal pattern
Sebaik sahaja selepas entry filled pada 46.78 dengan risiko stop loss 8 ticks, pergerakan market kelihatan menarik dan memberikan harapan yang ia bakal menuju ke target profit.
Tetapi, market reverse kembali dan makan trailing stop saya di 46.76
Reason meletakkan trailing stop pada level tersebut adalah kerana wujud resistance level ke-2 dan market tak bergerak menjauhi resistance level tersebut. Maka, saya meletakkan trailing stop 1 tick di atas resistance level ke-2.
Kemudian market memberi peluang untuk melakukan re-entry. Akan tetapi risk stop loss adalah sebanyak 14 ticks, dan saya tak ambil entry ini disebabkan risk adalah agak banyak.
Beberapa kali market memberi peluang untuk re-entry. Tapi saya tak ambil kerana kurang keyakinan disebabkan adanya level resistance yang berfungsi sebagai support sementara yang menjadi penghalang harga dari bergerak ke bawah. Akan tetapi untuk risk taker, boleh saja masuk dan reward adalah osem.
p/s: Katalah kita semua mempunyai entry yang sama, namun risiko kita berbeza. Ada yang sanggup ambil risiko stop loss yang agak besar, ada yang seperti saya sentiasa play safe dan masuk pada risiko stop loss yang agak kecil (biasanya bawah 10 ticks).