Crude Oil Futures analysis pada lower time frame (intraday timeframe) adalah dalam keadaan bearish.
Akan tetapi pada timeframe 10minit ada kenaikan yang seterusnya memecahkan bearish trendline dengan momentum yang kuat.
Strong Momentum Crude Oil
Momentum yang kuat menunjukkan kehadiran buyer yang cuba untuk push market ke atas. Kesannya, previous high swing juga berjaya dilepasi. Tapi perlu diingatkan, support level yang ditunjukkan pada zone berwarna purple (range 48.41-48.53) tak boleh diabaikan sama sekali. Biasanya harga akan patah balik ke level support zone tersebut.
Untuk pada ketika ini saya akan tunggu dan lihat apa yang berlaku pada lower timeframe iaitu 1 minit.
* Maaf, semasa post ini di tulis ada entry dan saya tak sempat nak screenshot sebelum kejadian. 😀
Tak mengapa, saya akan teruskan juga mengulas post mortem untuk trade CL ini.
- Kelihatan di timeframe 1 minit, telah terbentuk bullish trendline (minor)
- Sebaik sahaja break bullish trendline, pasaran bergerak sideway dan meninggalkan kesan support zone
- Kemudian pasaran bergerak melepasi support zone, tetapi membuat satu lagi support zone yang baru.
- Kali ini pasaran gagal bergerak melepasi atas support zone yang ke-2
- Kegagalan ini adalah petanda kepada entry yang saya masuk pada SHORT 49.22
- Target saya, semestinya level support zone yang berwarna purple (range 48.41-48.53) seperti yang saya tunjuk di awal post ini.
Adakah price akan hit Target Profit saya? Atau akan patah balik dan makan Trailing Stop?
Disebabkan mengantuk dan tak larat nak tunggu. Just take whatever market give dan pergi tidur.
Update: Target sampai tapi required overnight position.