[emember_protected for=”5″ custom_msg=’Opps, anda kena login dulu untuk akses Nota Trading Premium. Ia untuk pembeli saja LOGIN SINI. Jika belum ada akses dan nak dapatkan, sila KLIK SINI untuk dapatkan Nota ini. Jika anda pelanggan baru, sila periksa emel dan periksa juga SPAM mailbox. Terima kasih. Oh ya, NTP yang ini menjelaskan bagaimana untuk masuk pada keadaan pasaran semasa trend sangat kuat sehingga tiada pullback jelas untuk entry.’]

Dalam pada market yang sedang trending dengan kuat, kita akan teragak-agak untuk mencari entry sebab kita akan berada dalam dilemma. Kita risau untuk buy pada harga pucuk (BUY HIGH) dan sell pada harga lantai (SELL LOW). Sedangkan basic trading rule adalah, BUY LOW, dan SELL HIGH. Tapi, dalam keadaan trending, macam mana kita nak implement BUY LOW dan SELL HIGH ini?

Sebagai contoh bila market dalam bull trend yang sangat kuat, kita akan rasa

“boleh lagi ke buy ni”

“rasa macam dah tinggi sangat harga ni”

“Tapi nak sell takut sebab bullish kuat sangat”

Dalam keadaan teragak-agak ini, kita pun tak masuk market. Manakala market pun terus naik dan naik lebih tinggi.

Inersia Pasaran

Macam mana untuk kita ride market yang sedang trending dengan kuat ini? Apakah kriteria yang patut diperhatikan untuk take advantage dari INERSIA pasaran yang terhasil dari trend yang kuat ini? Entry ini adalah entry hujung-hujung yang biasanya market akan buat one last shoot atau overshoot sebelum reverse dan tukar arah pasaran. Jadi entry ini lebih kepada scalp entry dan target profit mestilah kurang lebih 10 atau belasan ticks sahaja.

Konsep inersia adalah kecenderungan objek yang menentang perubahan keadaan atau bentuk asalnya. Dalam market, perubahan ini boleh dirujuk sebagai arah pasaran. Jadi, boleh disimpulkan, inersia pasaran adalah kecenderungan pasaran untuk MENENTANG (against) perubahan arah asal yang kuat.

How It Works?

Rules & Guideline secara umum, untuk ride market inersia ini perlulah pastikan perkara seperti berikut:

  • Market Momentum telah wujud (menunjukkan komitmen buyer atau seller)
  • Trade ikut trend dengan gunakan analisa teknikal yang betul (proper technical analysis)
  • Trend hendaklah sangat kuat yang mana sangat sukar untuk dihentikan (inersia)
  • Pastikan masuk market dengan entry trigger yang betul dan bukan secara melulu
BUY the strength

Lihat gambar di atas. Dapat dilihat, momentum untuk buyer telah wujud dan market sedang bergerak pada arah uptrending pada fasa yang sangat kuat. Pada masa ini, anda mungkin berasa kesal kerana tak dapat atau tak sempat untuk ride trend dari awal lagi. Yelah, kalau kita tahu market nak naik sudah pasti akan masuk entry BUY dari bawah lagi kan. Tapi kita pun tak tahu yang market nak bergerak ke atas selepas beberapa fasa sideway sebelumnya.

 

Syarat Wajib Untuk Entry

Setelah berlaku kenaikan, kita dah tahu yang BUYER telah menunjukkan komitmen untuk buy dan menggerakkan market pada paras harga lebih tinggi. Namun kita akan rasa dah terlambat untuk entry pada harga rendah (BUY LOW). Jadi, kita akan cuba cari di mana harga akan pullback untuk menjadikan kita BUY LOW. Pullback ini adalah 1 candlestick berlainan warna iaitu sekiranya arah trend adalah uptrending, kita akan BUY pada candlestick berwarna merah.

Syarat-syarat Entry

Entry ini tak boleh dilakukan secara sebarangan, apatah lagi tanpa syarat yang betul.

  • Pastikan pergerakan market adalah dari level support
  • Pastikan telah terjadi paling kurang 4 candlestick sama warna BERTURUTAN

Level support – boleh ditentukan daripada beberapa kaedah atau method:

  • EMA21
  • kaedah support & resistance
  • kaedah level supply & demand
  • fibonacci retracement
  • support trendline
  • atau apa saja yang anda rasa sesuai

Empat (4) candlestick berturutan adalah WAJIB dan tak boleh diabaikan kerana ia menunjukkan pergerakan trend yang sangat kuat seterusnya menghasilkan impak inersia pasaran selepas cubaan untuk ubah arah pasaran dengan wujudnya candlestick merah pada arah berlawanan.

Cubaan Untuk Ubah Arah Pasaran

 

Setelah complete 4 candlestick berturutan dengan warna yang sama (hijau), ini petanda market sedang bergerak naik dengan momentum yang kuat. Kebarangkalian cubaan seller untuk ubah arah pasaran akan gagal. Cubaan ini boleh dilihat apabila wujudnya candlestick berwarna merah.

Sebaik sahaja candlestick merah ini complete, letakkan MARKET order atau LIMIT order pada harga CLOSED candlestick merah tersebut. Semakin besar saiz candlestick merah ini adalah lebih bagus kerana kita akan buy pada harga lebih rendah sekiranya candlestick merah bergerak lebih jauh ke bawah. Target adalah 10 ticks sahaja atau kurang kerana entry ini merupakan entry untuk scalp pada penghujung pergerakan pasaran. Stoploss adalah sama dengan target profit iaitu 10 ticks menjadikan RRR adalah 1:1.

Apa Akan Jadi Kalau Cuba Target Banyak?

Seperti saya katakan sebelum ini, entry ini adalah entry scalping pada penghujung pasaran.

Sekiranya kita cuba untuk dapatkan target lebih banyak, disarankan untuk letakkan trailing stop sepantas yang mungkin. Sebab dapat diperhatikan pada gambar di atas, sebaik sahaja pasaran sentuh level target profit (10 ticks dari entry), ia reverse dan patah balik bergerak melebihi level stop loss. Jadi, ingat! Entry sebegini adalah sesuai untuk scalping movement sahaja.

Recap

Kita akan gunakan setup ini semasa pasaran sedang on the way bina momentum untuk sampai target. Target boleh diukur dengan salah satu kaedah seperti

  • Channel
  • Fibonacci Extension
  • Andrew Pitchfork
  • Apa juga kaedah yang anda tahu

Kita akan cari entry selepas terjadinya 4 candlestick berturutan pada warna yang sama (arah sama), kemudian entry pada harga CLOSED candlestick berlawanan arah. Entry pada candlestick lawan arah ini menyediakan moment PAUSE dan ini membolehkan kita untuk entry dengan lebih yakin dan tenang, tanpa mengejar pasaran yang sedang bergerak.

Sell The Weak

Well, seperti biasa saya akan tuliskan nota dan penjelasan pada satu arah. Kemudian satu arah lagi adalah untuk anda buat kajian sendiri. Ini adalah penting kerana ia akan lebih membina kefahaman dengan membuat ujikaji. Berbanding hanya baca sekalil dan lupakan.

Rujuk gambar di atas, boleh spot di mana entry untuk SELL the weak? 🙂

[/emember_protected]

Facebook Comment

Scroll to Top