Trade Futures Di Broker Futures Bukan Bucket Shop

Futures trader hati-hati ya, trade hanya di broker futures yang regulated sahaja. Bukan serah duit kepada broker bucket shop yang wujud macam arnab lepas mengawan (arnab sekali beranak kan banyak). Tak terhad kepada yang baru nak kenali futures trading, yang dah bertahun-tahun trade pun tak terkecuali kena. Aduhai, sedih.

Pelik dan sedih bila menerima pm di facebook atau apabila saya terima Whatsapp mahupun Telegram, antara pertanyaan yang saya dapat adalah:

  • Mohon share teknik forex
  • Tuan Faiz trade broker mana?
  • Tuan Faiz trade produk apa?
  • Oh, ada instrument futures lain ke selain FCPO. Kenapa saya tak tahu?
  • Tuan withdraw tak sampai 24jam? Biar betul
  • Ada isu ke dengan BNM?

Kenapa saya pelik? pelik sebab ramai boleh tahu forex, tapi bila cakap Futures jadi blur. Lagi blur bila cakap pasal Futures trading yang shariah compliance mesti disandarkan pada underlying asset. Underlying asset tu amende bro? Sebab inilah agaknya bila difatwakan haramnya forex, ramai yang melenting. Yang melenting mungkin IB la kot sebab kalau orang tak trade, macam mana nak dapat komisen. Padahal, boleh je trader nak move on kepada futures commodity trading. Ada banyak kot instrument futures commodity boleh trade. Tak cukup trade minyak ada koko, ada kapas, ada daging lembu, soya, jagung, gas asli dan macam-macam lagi komoditi yang wujud  dan sedia untuk didagangkan di pasaran futures.

puzzle-brokerage

Kenapalah tak trade di saluran yang betul? Sebab untuk buka akaun leceh kot. Yela, kena bagi ic. Kena verify alamat rumah dengan bil utiliti (jika buka akaun dengan regulated broker luar negara), kena verify akaun bank. Kena transfer pakai TT, ada caj RM10 sekali transaksi ke oversea. Tak fancy la transfer duit pakai TT. Lagi kelakar kalau deposit akaun guna kad kredit. Aiseh, kalau dah pakai kad kredit itu namanya retail transaction bukan deposit kot. Kiranya macam membeli barang, swipe kad kredit.

Mungkin (saya speculate ni) secara tak langsung, maklumat tentang broker yang regulated disimpan, dilindungi, didiam-diamkan. Kalau betul forex regulated (tak dinafikan ada broker forex yang regulated), kenapa mesti ada perantaraan untuk transfer duit sama ada deposit mahupun withdrawal? Kenapa tidak direct TT sahaja (Telegraphic Transfer)? Sebab BNM tak bagi? Kamonla, RM10,000 per day transfer ke/dari oversea tak perlu consent BNM kot. Tak kurang juga yang hairan apabila saya katakan tempoh withdrawal dari Broker Futures oversea ke bank tempatan ambil masa kurang 24jam. Ya, pukul 8.30PM request withdrawal, 12PM esoknya dah masuk duit.

Lagi pelik, transfer duit kepada wakil-wakil broker? Ada yang guna personal akaun pulak tu. Aduhai. Jika akaun trading futures, FBR sendiri pun tak ada kuasa untuk sentuh duit deposit kita. Semua duit deposit mestilah diletakkan dalam Segregated Account. Ingat istilah ni, Segregated Account. Ia adalah seperated (berasingan) trading account yang mana broker sendiri pun tak ada hak untuk gunakan duit tersebut. Gunanya segregated akaun ini adalah untuk melindungi trader. Sekiranya broker mengalami kegagalan, duit kita sebagai trader ni masih selamat dalam Segregated account dan bukan lesap bersama-sama broker. Kalau duit dah lesap, tak ada apa boleh buat dah. Nak viralkan? Setakat viral jela, harapan untuk dapat duit mungkin 0.0001% kot.


Kalau tak pernah tahu pasal Futures, meh sini saya nak rekemen. Saya dah tulis semua details tentang Futures di sini. InsyaAllah pandangan saya tak bias kepada mana-mana pihak memandangkan saya bukanlah wakil dari mana-mana broker atau IB.

KLIK SINI SEKARANG

 

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top