Penggunaan Planetary Data Untuk Trade Mengarut?

Ohoi.. kalau anda pembaca dah sampai sini, mungkin anda pernah dengar berkenaan penggunaan komponen planet dalam trading. Atau anda pernah terbaca berkenaan astrologi atau astronomi atau astrolonomi atau astronumeric? Whatever lah. Oh ya, mungkin anda ada terbaca tentang W.D Gann atau George Bayers yang gunakan komponen planetary dalam trading?

How possible is that? Aku mula-mula memang tak percaya pun macam mana nak trade guna planet? Planet apa kau nak guna? Nak pakai planet Zargus ke, nak pakai planet Yahdoract? Kan.. kan.. Tapi sebenarnya ia bukanlah semudah kau nak pilih guna indicator EMA apa? EMA15 ke EMA21? Lepas tu kau pun guna EMA21 sebab 21 adalah nombor Fibonacci. Errr… Oh tidak sama sekali. Ok, kita boleh guna planet Marikh (Mars) dalam trading. Soalan seterusnya, tapi macam mana?

Sumber gambar Google Image

Kalau nak guna planetary, kenalah study komponen-komponen kosmik seperti Longitude, Latitude, Declination, Speed of planet, Revolution of planet. Ha yang tu basic dia. Oh ya, 9 planet dalam Solar System boleh ingat? Sains SPM UPSR tu kot. Kalau tak ingat basic, sorrylah  memang tak boleh nak guna planet la. Bila dah faham basic dia, barulah akan diperkenal dengan sistem Geocentric vs Heliocentric, Equatorial vs Celestial system. Kalau nak tambah lauk sikit bagi sedap, tukar sikit bahasa purba sistem Copernican vs Ptolemaic.

Oh, kena study macam nak jadi Astronot la pulak. Yelah, dah tu kau ingatkan guna planet ni belajar benda tahyul pasal astrologi ke? Itulah, dulu masa kecik banyak sangat baca surat khabar ruangan macam-macam dan senyum kambing. Capricorn macam ni macam tu, Gemini kena kahwin dengan Taurus kalau tak nanti kena sepit dengan Cancer. Mesti kau ingat trade guna planet ni macam Venus + Mars = LOVE? Tak payah nak novel sangat boleh tak?

Kalau nak bernovel, pun boleh. Silakan baca novel Tunnel Thru The Air iaitu rahsia trading Gann tulis dalam tu. Ada 418 pages dan cerita adalah sangat bosan gila, tak best langsung. Aku dah baca 2-3 kali, ada yang sanggup baca sebab nak tahu rahsianya? Believe me, kalau tak bersungguh baca 3 pages je dah boleh tidooo.. Haha

p/s: Contoh penggunaan planetary component dalam trading, boleh lihat pada tarikh berikut, insyaAllah ada turning point walaupun minor reversal pada market yang anda trade: 20-21 Jun 201, 14-15 November 2016. Tarikh tersebut adalah Declination Venus Geocentric.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top