Part 1 Kenapa Law of Vibration dalam Market Pelik?

Law of Vibration (LoV) adalah satu disiplin ilmu dalam time analysis. Apa benda yang dimaksudkan dengan LoV ini kan? Dari mana nak mula belajar tentang LoV. Nak cuba google? silakan. Sebab rakan pembaca semua akan jumpa benda yang pelik-pelik. Kemudian tak jadi nak tahu lebih lanjut tentang LoV.

Sebelum itu, aku musykil juga kenapa perkara yang best seperti ini perlu dimasukkan dengan elemen yang pelik dan aneh? Oh, ini sebenarnya adalah ‘kepercayaan’ dari barat. Sama seperti law of ___(whatever it is). Aku personally masih boleh baca dan masih boleh terima jika ia diguna dalam trading untuk time analysis. Selain itu, baca sajalah. Percaya jangan, you will know what I mean.

Law of Vibration ni adalah satu cara untuk menerangkan tentang kewujudan structure dalam financial market (specifically).

Apakah structure Law of Vibration ini?

Adakah structure High-Low-High-Low seperti yang banyak diterangkan di internet?
Adakah structure yang menerangkan tentang trending dan sideway?
Macam mana bentuk structure ini?

Structure yang dimaksudkan adalah pattern dalam sesuatu financial market. Pattern ini adalah movement market yang berulang dari masa lepas. Maafkan aku sebab tulis dengan campuran terma English, supaya dapat kekalkan terma dan maksud asal. Untuk tujuan kajian, aku akan gunakan sumber bacaan tentang Law of Vibration yang paling pendek. Iaitu hasil penulisan George Bayer: Egg of Columbus. Hanya sepanjang 18 muka surat. Rujukan panjang, sudah tentulah Tunnel Thru the Air (TTTA) tulisan W.D. Gann.

Dalam Egg of Columbus, George Bayer tulis berkenaan structure dalam market. Kalau belum baca, aku cadangkan untuk baca terlebih dahulu. Alaaa.. cari je kat internet mesti ada. Tapi aku dapat jamin yang rakan pembaca semua akan rasa “Apa benda yang mamat ni merepek dan mencarut ni”. Haha.

Kenapa aku katakan begitu? Jangan tak tahu, yang George Bayer ni sangat licik. Dia punya penulisan memang aneh. Dalam penulisan ‘buku telur‘ ini dia pilih angle atau analogi yang entah apa-apa. Iaitu proses atau step-by-step makan buffet sampailah kepada ‘membuang’. Jadi, jika sekali baca kita dah kata merepek. Maka tujuan George Bayer berhasil lah, memang dia nak avoid orang baca dan kaji lebih lanjut.

law of vibration

Rujuk gambar di atas, inilah market structure yang diterangkan oleh Bayer dalam buku telur tersebut. Adakah anda boleh make sense dengan sekali baca? Tengok gambar sekali, macam ya. Tengok lagi sekali apa benda ni? Okay rahsianya di sini adalah, tak cukup dengan sekadar baca. Kena ambil pen, atau pensel dan tulis. Cuba juga untuk lukis apa yang dikatakan oleh Bayer dalam bukunya.

Cuba fikirkan kenapa ikan? Kenapa burung? Kenapa biskut, lidah, wine, toilet bowl dan sebagainya? Apa kaitan dengan market? Apa pula kaitan dengan Law of Vibration? Ini adalah satu bahagian yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Apakah benda ini semua? Bayer ada berikan jawapan atau hint pada awal penulisan beliau.

Tapi mana satu weh? Kalau rakan pembaca semua dah lama dalam kajian tentang time analysis, pasti akan faham Bayer punya perangai. Dia akan TIPU pada sesuatu yang betul. Maksudnya jika dia kata “Kau tak payahlah tengok ni”, maka itu adalah tempat yang sepatutnya diberi perhatian yang serius. Bila dia kata “inilah yang paling penting”, fikir balik sebab ia takkan berhasil sebab tak betul.

Sampai aku sendiri tulis pun dah macam Bayer pulak kan? Bukan apa, kalau aku bagitahu sekalipun. Masih tak make sense weh. Seryes! Selagi kau tak baca, tulis, lukis berpuluh ratus kali. Selagi itulah takkan make sense. Tak percaya? Okaylah aku beritahu ya, ia ada pada muka surat empat ‘buku telur’ tersebut. Soalan seterusnya adalah kenapa page 4, apa ada pada page 4. See.. Kan aku dah kata takkan make sense.

Apa yang perlu ditulis dan lukis pula kan? Dalam ‘buku telur’, Bayer gunakan contoh market Chicago Wheat. Jadi, tulis dan lukis lah structure yang ditunjuk dalam buku Egg ke atas market Chicago Wheat. Cuba kaji pattern dan movement yang Bayer nyatakan. Data dalam buku ini adalah very straight forward. Data tahun berapa juga ada dinyatakan. Cuma mana nak dapat tu, boleh diusahakan sendiri lah. Atau kalau rakan pembaca sedikit pickup, maka boleh je guna data terkini.

Sebab secara asasnya, cycle akan repeat. Movement terkini adalah repetition dari masa lalu.

Share post ini sebagai penghargaan anda

1 thought on “Part 1 Kenapa Law of Vibration dalam Market Pelik?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top