Lesson 03 - W.D. Gann & Astrolonomy

Tahniah dan terima kasih kerana masih percayakan saya untuk deliver lesson ini. Bukan apa, saya dah puas kena kutuk, kena gelak sebab guna planet dalam trading. It’s okay, saya tak kisah. Sebab saya faham satu perkara.

Untuk jual W.D. Gann course atau apa-apa analisa teknikal mestilah ada lukis geometry silang-silang atas chart, Fibonacci ratio apa semua, nak lagi sedap tunggang Agama (Nauzubillahiminzalik) guna terma Islamik. Baru nampak canggih dan senang jual. “Alhamdulillah, profit hari ni. Boleh lah sedekah” – nampak alim dan Islamik gitu. Baru boleh jual kelas ribu-ribu. Tak gitu?

Planetary cycle nampak kelakar sebab tak ada orang yang guna. Tak ada orang guna boleh jadi sebab ia tak boleh pakai. Boleh jadi ia sangat boleh pakai sebab tak ada orang yang pakai. Jadi, masih belum terlambat untuk anda berhenti sekarang kalau taknak kena kutuk sebab guna planet. 😀

Okay, I am not alone. W.D Gann sendiri pun orang perlekeh sampai sekarang. Debate tanpa henti sama ada W.D. Gann guna planet atau tak. Bagi saya lantak diorang lah nak debate lama mana pun kan. Tapi boleh tengok kandungan Coffee Letter yang Gann berikan kepada seorang client dia. Apakah ini, kalau bukan komponen planet?

Di akhir Coffee Letter ini ada dinyatakan tentang CE AVERAGE dan MOF FORMULA. CE bermaksud Circle of Eight iaitu 8 planet yang digunakan oleh W.D. Gann (termasuk Pluto) dengan exclude Earth. Manakala MOF adalah Mean Of Five iaitu cycle menggunakan 5 planet. Okay, tinggalkan dulu Coffee Letter dan cuba go through lesson 3

Lesson 03 - Jenis Cycle 1

Arahan: Sila go through semua video dan instruction dalam video. Kemudian hantarkan semula HOMEWORK kepada admin di alamat emel admin@faizsulaiman.com, tiada limit masa dikenakan. Dicadangkan untuk hantar homework dalam 2 atau 3 hari selepas anda terima lesson ini untuk pastikan anda fahami konten yang diberikan. Anda boleh ambil masa seberapa lama yang anda mahukan. No rush. Jika ada soalan, simpan dahulu. Mungkin soalan anda akan terjawab dalam lesson bersiri berikutnya. 

*Jika tiada homework dari anda, maka tiada next lesson. Saya akan anggap yang anda tak berminat untuk teruskan

 The Tunnel Thru the Air 

Arahan: Sila baca novel ini dari muka surat 169 hingga 252

Sidereal Cycle

Ada dua jenis cycle yang digunakan iaitu Sidereal dan Synodic. Dalam lesson ini anda akan ditunjukkan dengan kedua-dua jenis cycle ini. Dengan ikuti lesson ini, jika anda faham. Anda dah boleh mula untuk cycle hunting. The key is “how many revolution” ia merujuk kepada LENGTH. SIDEREAL adalah cycle untuk single planet. Video berikut adalah kaedah setup Ephemeris single planet untuk digunakan dalam cycle analisis.

Synodic Cycle

Jika sidereal adalah cycle of single planet. Synodic adalah cycle untuk dua planet. Video di bawah adalah method setup Ephemeris 2 planet untuk diguna dalam cycle analysis

Untuk test cycle hunting boleh mula dengan single planet. Dari mana nak mula? boleh mula dari mana-mana significant high atau significant low. Cari jarak atau length antara 2 significant high/low. Dapat jaraknya, forecastkan ke masa akan datang dengan tambahkan length pada recent high atau low. Tapi, kena make sure ephemeris kena setup dengan betul. Test dengan 1 revolution, 2 revolution, 3 revolution dan seterusnya. Jika tiada turn yang konsisten, kena cuba guna cycle dari planet yang lain

Homework Lesson 03

Dalam SIRI #1, anda akan diberikan dengan 3 fail Senarai fail adalah seperti berikut:

  1. Gann May Coffee Letter Santos D
  2. Ephemeris Venus-Mars
  3. Homework Siri 03

Buka semua fail dan get familiar dengan konten dalamnya. Video telah disediakan untuk bantu anda. Ulang semula video beberapa kali jika perlu untuk tingkatkan kefahaman

error: Konten laman web ini dilindungi !!
Scroll to Top