Teknik Gann Trading?

Mungkin ada yang pernah dengar tentang Gann trading dan teknik-teknik yang unik dari beliau. Atau mungkin anda perlukan sesuatu untuk belajar Gann Square of 9 atau Gann Wheels. Apa pun, jika anda pembaca ke sini untuk mencari teknik Gann trading yang mudah, maka ketahuilah ia tak wujud. Kerana ia tidak mudah dan perlukan komitmen yang tinggi untuk dikuasai. Atau mungkin banyak sumber di tempat lain yang ada menjual teknik trading Gann semudah A-B-C.

fcpo square of 9 gann trading

Bagi yang pernah gunakan tools Gann yang berasaskan geometri seperti Gann Angle, Gann Wedge, Box, Fan, Grid, Ellipse mahupun Pyrapoint di atas chart. Pasti akan rasa “something” is missing. Ada sesuatu yang tak lengkap untuk gunakan tools geometri tersebut. Yang pasti ia takkan berfungsi dengan baik atau tak berfungsi langsung tanpa penskalaan chart yang betul. Tak percaya? Bolehlah cuba lukiskan mana-mana Gann tools yang disebutkan di atas pada chart. Kemudian cuba zoom in atau zoom out untuk ubah saiz chart. Akan kelihatan level-level tersebut akan berubah.

Satu perkara lagi jika seseorang nak gunakan Gann geometry tools, dari mana nak mula lukis? kenapa kena pilih pivot point di A dan bukan dari point B atau point C? Nampak tak macam mana tak konsisten keputusan untuk lukis. Itu baru nak lukis dah tak sure nak start dari mana. Belum decision making untuk trade, betul tak?

Ya, sesuatu yang besar telah di abaikan oleh rata-rata marketer (bukan trader). Ia adalah kitaran atau omputeh sebut cycle. Yelah, untuk tujuan pemasaran (marketing) sudah tentu geometri lebih seksi untuk dijual. Ambil chart terdahulu, lukis cantik-cantik. Nampak semua ngam, support resistance semua tersusun cantik dan nampak “boleh pakai”.

Ini tidak terhad kepada Gann tools sahaja, termasuklah trendline, lukisan support dan resistance, lukisan level-level fibonacci retracement, lukisan pitchfork, channel dan macam-macam lagi teknik melukis. Geometri kan banyak, sudah tentu boleh derive lebih banyak teknik berasaskan geometri. Ini belum cerita indicator, lebih banyak teknik boleh dicipta dan dijual.

Dalam bidang Gann yang sebenar sesuatu level harga tak mungkin diketahui tanpa cycle. Jika tahu cycle, kita boleh tahu in advance bila sesuatu pasaran akan buat reversal. Dari situ, barulah boleh define pada harga berapakah sesuatu instrument akan buat top atau bottom sebelum bertukar arah.

gann trading lunar cycle

Inilah kehilangan yang sebenar dan telah diabaikan oleh majoriti trader. Kita sebagai trader pun sediamaklum yang chart ada 2 paksi iaitu harga dan masa. Takkan tak perasan selama ini analisa hanya berasaskan harga. Analisa masa iaitu time analysis macam mana? Ahaa.. itulah komponen penting ini telah diabaikan sekian lama. Antara sebab ia diabaikan adalah susah nak pasarkan dan ia juga susah untuk dipelajari. Ia akan ambil masa yang lama untuk study cycle. Seorang trader perlukan disiplin dan sikap dedikasi yang tinggi untuk kuasai time analysis (Analisa Masa).

Serious, saya sendiri pernah cuba untuk kongsikan time analisis dengan rakan-rakan trader terdekat terutama kawan-kawan yang duduk di Kuala Lumpur. Tak kisahlah yang trade FCPO ke, Soybean Oil ke tapi yang penting patuh syariah. Forex maaf saya tak trade. Yelah, saya fikir sayang ilmu ini tak dikongsikan dan berhenti macam tu je. Tapi itulah biasanya yang datang sekali je tanya, lepas tu senyap. Mungkin sebab tak percaya, mungkin juga sebab tak sanggup sebab susah.

IT’s TIME boleh bantu rakan pembaca untuk mula dalam Analisa Masa

Scroll to Top