Futures Crude Palm Oil FCPO 12 April 2018

Rindu nak tengok market FCPO, malam ni sambil-sambil trade soya kita usya-usya sikit apa yang bakal berlaku esok dan lusa untuk instrument FCPO. Esok di jangka FCPO akan buat low. Sekian terima kasih. Hahaha. Apa punya ulasan daaa. Aku pun boleh kalau setakat cakap macam tu, bisik pembaca di dalam hati. 😀 😀 😀

KLIK Sini Untuk Timing Market Guna Analisa Masa (Time Analysis)

fcpo forecast

Ok, ok.. target price untuk esok adalah pada level 61.8% atau pada paras harga lebih kurang 2412 gitulah. Tapi kemungkinan besar akan terjadi loss motion yang boleh membawa kepada level 71.8% iaitu 2393 hingga 2388. Kalau terjadi sedemikian, bersegeralah trailing ketat-ketat. Biasanya market akan closing dengan harga dekat2 dengan open atau akan jadi daily reversal berbentuk hammer. Square of nine mencadangkan harga-harga tersebut untuk target profit atau counter trend selepas tp. Area buy 2411 (hanya selepas price turun kurang 2410), 2391 (hanya jika selepas price turun dari 2390)

fcpo square of nine

Kemudian, pada Jumaat dijangka price akan open gap up. Relax, boleh tunggu dia bounce kat 61.8% iaitu 2410 hingga 2412 untuk buy. Tapi tak boleh di bawa overweekend, karena scheduled high pada Isnin. Sekiranya berlaku loss motion pada Jumaat, isnin akan open slightly bawah harga high Jumaat. Akan tetapi jika tak berlaku loss motion pada Jumaat, atau price range terkemut-kemut. Boleh lagi hold overweekend dan close pada Isnin segera kerana kemungkinan akan reverse untuk short pula.

Berdasarkan square of nine, sekiranya loss motion berlaku pada jumaat. Target price berupaya pergi setinggi 2452, kalau terlebih stim boleh sampai 2461. Expect the unexpected. Atau kalau dia nak ketat, 2430 dan 2431 punyai level resistance sangat kuat.

fcpo square of 9

Soalan: Kenapa garis macam tu?
Jawapan: Sebab nak nampak cantik, chia.. chia..chia

Disclaimer: Komentar adalah sekadar hiburan semata-mata. Tidak boleh dianggap sebagai professional advice. Kalau loss tanggung sendiri, aku taknak bertanggungjawab

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top