Elemen Trading Analisa Market Instrument

Sudah diketahui umum bila sebut pasal trading tak akan lari dari dua elemen utama iaitu Analisa Teknikal dan Analisa Fundamental. Sering menjadi debat antara dua kepercayaan sama ada mahu ikut teknikal semata-mata mahupun fundamental. Tak kisahlah nak ikut mana pun kan. Kalau investment style berdasarkan value insvesting yang pentingkan intrinsic value, mungkin analisa fundamental lebih sesuai

Sekiranya analisa teknikal menjadi pilihan, ada beberapa elemen yang perlu dikuasai. Elemen yang biasa diguna adalah sudah semestinya price analysis. Price analysis akan melibatkan perkara teknikal seperti support dan resistance, fibonacci ratio, golden ratio, fractal, geometry drawing dan sebagainya. Oh tak lupa juga dengan ratusan senarai technical indicator. Namun, ini hanyalah satu dalam beberapa elemen

Mungkin ada juga trader yang kuasai elemen kedua iaitu volume analysis. Biasanya volume menjadi tanda aras seseorang trader untuk masuk market. Sama ada gunakan volume indicator, mahupun gunakan volume profiling. Terpulang kepada skill masing-masing. Ada ke trader yang guna volume untuk verify drawing atas chart? Ahaaa

elemen trading

Elemen ketiga yang penting adalah analisa masa. Ia adalah penting untuk ketahui bilakah masa yang sesuai untuk masuk pasaran. Adakah masa dan price telah sampai ‘due date’ untuk kita masuk market? Atau adakah market dah sampai masa yang sepatutnya kita keluar dari pasaran? Ini dapat elakkan kita dari masuk market terlalu awal, atau masuk market dah sampai hujung. Possible kah untuk analisa masa?

Sudah semestinya! Ada beberapa teknik untuk analisa masa dalam market. Antaranya menggunakan pengiraan cycle dari planetary movement. Ada juga yang analisa masa gunakan ratio phytagoras, dan angle drawing. Tak kira apa pun yang diguna, asalkan boleh entry dengan kompiden, just kipidap

p.s. planetary cycle boleh time the market in advance. Aku plan nak buat info produk terkini pasal basic planetary cycle. Ada yang mahu? pm tepi tu untuk waiting list

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top