Cycle Analysis 101 Part 3 – FCPO Boleh?

Cycle analysis part 3 adalah rentetan dari part 1 dan part 2. Jika belum baca, boleh baca dulu part 1 dan part 2 dengan klik link di bawah:

Oleh sebab ada bunyi-bunyian netizen kata Dow Jone Industrial Average (DJIA) tak relevan untuk trader di Malaysia, jadi aku cuba bawakan contoh FCPO yang mungkin lebih dekat di hati kita semua. Untuk Cycle Analysis part 1 di mana membincangkan tentang cycle 100 tahun, maka adalah tidak releven untuk berikan contoh FCPO sebab data tak sampai 100 tahun.

Jadi, untuk test cycle pada apa-apa market yang kita nak buat. Perkara pertama yang perlu ada ialah historical data. Berapa panjang historical data yang available? Jika historical data hanya ada 20 tahun, adalah mustahil untuk test 100 tahun cycle. Untuk test 10 tahun cycle juga tak boleh dibuat sebab tiada repetition yang banyak untuk disahkan.

“Woi, tulis banyak sangat susah nak faham. Lukislah!”, jerit jiran Pak Maun dari belakang monitor yang sedia terpasang platform CQG.

cycle analysis

Oleh sebab hanya ada 19 tahun sahaja panjang data yang available untuk FCPO, maka adalah mustahil untuk test cycle 100 tahun. Jadi kita perlu test dengan cycle yang lebih kecil. Tapi berapa tahun? Dalam hal ini kita akan gunakan kemahiran matematik aras tinggi iaitu pembahagian harmonic. Apa tu? Ntahlah, suka hati aku lah nak namakan apa pun. Proportion tau kan? Dalam bahasa ibunda dipanggil perkadaran.

Jadi, marilah kita cari nombor perkadaran dengan nombor 100. Jap, jap.. kenapa 100? kenapa tak 36, 53, 256, 197 mahupun 3965? Aku cadangkan bacalah Part 1 kenapa 100 tahun. Malas nak lukis lagi.

100 bahagi Y = X, maka X akan dijadikan berapa tahun repetition:

100 / 2 = 50
100 / 5 = 20
100 / 10 = 10
100 / 20 = 5
100 / 100 = 1
Dan beberapa lagi kombinasi tahun yang boleh difikirkan. Asalkan bila 100 bahagi dengan Y, nilai X tiada perpuluhan.

Jadi nak pilih mana satu? Gunakan common sense je. Kalau data ada 19 tahun sahaja, takkan nak pakai repetition setiap 50 tahun kot. Gunalah 5 tahun repetition.

“Woi, aku kira 100/50 dapat 2. Kenapa tak pakai repetition 2 tahun?”, sekali lagi Pak Maun menjerit.

Boleh je, nanti kau test la sendiri lepas aku tunjuk contoh cycle repetition 5 tahun ni. Asalkan faham konsep, selebihnya boleh test sendiri. Sama ada cycle itu dominan atau tidak.

Urutan Cycle Analysis

  1. Make sure ada data historical yang mencukupi
  2. Bahagikan dengan 3 atau 4 bahagian
  3. Test repetition

Untuk data historical aku hanya gunakan platform Tradingview dan guna data sedia ada sahaja. Dari 19 tahun aku akan bahagi kepada 3 bahagian.

Cycle length yang akan aku gunakan adalah 5 tahun bermaksud jarak repetition yang akan aku gunakan adalah 5 tahun. Aku akan guna tahun berikut 2020, 2015, dan 2010. Errr.. nak buat bulan berapa? Aku nak buat bulan Januari. Tapi kalau kau nak buat kat bulan lain boleh je tak salah pun.

Seterusnya aku akan cari repetition pada tahun 2010. Pada tahun 2010 aku akan kira berapa lama masa yang di ambil antara swing ke swing berikutnya. Swing 1 ambil masa 8 bar, swing 2 ambil masa 11 bar dan seterusnya.

Cari pula repetition pada tahun 2015. Swing 1 ambil masa 9 bar, swing 2 ambil masa 11 bar dan seterusnya.

Jadi cuba senaraikan semula swing bermula Januari 2010 dan Januari 2015.

Swing 2010: 8 bar, 11 bar, 28 bar, 16 bar, 8 bar, 6 bar, 6 bar, 16 bar
Swing 2015: 9 bar, 11 bar, 19 bar, 10 bar, 13 bar, 17 bar, 3 bar, 13 bar

Sebelum sambung ke tahun 2020, cuba lihat pada data swing di atas. Adakah ada repetition? Hmm.. cuma swing 1 dan swing 2 sahaja yang acceptable. Swing yang lain mempunya beza yang sangat besar. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat adalah cycle length 5 tahun adalah tidak dominan.

Sekiranya sesuatu cycle itu dominan, SETIAP SWING akan SAMA. Jika ada 7 swing pada tahun 2010, maka kesemua 7 swing akan sama juga pada tahun 2015. Jika berbeza pun mungkin dalam 1 atau 2 bar sahaja. Sekiranya ini dapat dicari, maka repetition pada tahun 2020 juga akan repeat benda yang sama.

Jadi, tugas kita adalah mencari cycle yang dominan. Method dah ada, kaedah dah diberi. Konsep sudah diterangkan. Contoh dah dilukis. Next adalah cuba try test lah. Tak start mana nak tahu susah ke tak.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top