Corn Futures & Cycle 20 Hari Jagung

Ya, jagung juga ada didagangkan dalam pasaran Amerika iaitu di bawah exchange Chicago Board of Trade (CBOT). Modal permulaan atau initial margin untuk trade Corn Futures setakat post ini ditulis adalah USD $1265.00, lebih kurang RM5300.

Jika dilihat sekali imbas chart Corn Futures. Ada sedikit aneh untuk teknikal analisis. Bukan aneh apa, sebab price dia je lain macam. Sebab ia scale per tick per quarter. Maksudnya, 1 tick pergerakan Futures Jagung ni berbeza $0.25 dan pergerakan naik turun atas chart sebanyak quarter sen dan 1 tick value bernilai $12.50, banyak juga tu kan?

Oklah, aku nak kongsikan sedikit berkenaan asas cycle. Jika planetary cycle too taboo, nampak merepak, malas nak paham degree kedudukan planet. Aku berikan contoh dalam unit hari. 1 hari, 2 hari, 3 hari takkan tak biasa pula dengan term hari? Okay, 20 hari cycle adalah antara cycle yang terpakai untuk daily analysis.

Cycle 20 Hari

Maksud cycle 20 hari adalah repetition setiap 20 hari. Sekiranya hari ini ada berlaku significant reversal pada market Futures jagung (atau apa-apa market), maka 20 hari akan datang akan ada reversal. Atau dalam kata lain juga, reversal yang berlaku hari ini adalah repetition dari reversal yang berlaku 20 hari lepas.

Jom tengok contoh gambar chart Futures Jagung di bawah. Kenapa jagung? Suka hati aku lah nak lukis atas chart apa. 😀 Dapat dilihat garisan biru adalah jangka masa 20 hari. LENGTH garisan biru adalah 20 hari. Hari di sini bermaksud calendar days, dan bukan trading days. Bermaksud seminggu ada 7 hari dan bukan 5 hari. Yela, trading day kan 5 hari je sebab Sabtu dengan Ahad mana market buka. Ingat calendar days.

corn futures jagung

Dapat dilihat, market Futures Jagung agak responsive dengan 20 hari cycle. Eh, responsive ape benda ada yang missed tu? Tak jadi pun setiap 20 hari reversal. Gais, dengar sini. Kalau betul-betul jadi 20 hari ngam-ngam, aku dah lama beli kedai kereta (bukan beli kereta). Hahaha

Oleh sebab dia missed tu la yang menjadikan ia susah. Kenapa ada missed dalam cycle analisis? Eh, kalau missed Fibonacci level 61.8% ke 50% kau tak heran pun? Normal la tu. Haa.. sebab apa? Sebab ada cycle lain yang sedang take action. Ya, cycle takkan jalan sendirian. Ia akan berjalan bersama dengan cycle lain yang berlainan LENGTH.

So dalam cycle, cari LENGTH adalah perkara kritikal. Kenapa kritikal? sebab kalau takde length nak ukur macam mana? Nak ukur pakai pembaris pun kena ada panjang pendek. Berapa panjang? berapa pendek? baru boleh ukur. Panjang pendek ni lah length. Eh takkan nak explain maksud length dalam bahasa ibunda kot. Tak perlu pun kan.

Eh, eh, eh, eeeeehhh…

Nota kaki: What is your LENGTH?

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top