Tools Penting Untuk Intraday Trader Futures – Scheduled Order

Nature intraday trader adalah open dan close position dalam hari yang sama sebelum end of day session.

Untuk Crude Oil, sesi intraday bermula dari 6:00AM sehingga 5:00AM waktu Malaysia. Jadi semua position mestilah ditutup sebelum 4.59AM waktu Malaysia, jika tidak maintenance margin akan berkuat kuasa dan jumlah balance dalam akaun + unrealise P/L mestilah cukup untuk menampung keperluan maintenance margin. Jika tidak, intraday trader dikira melanggar term and condition intraday dengan broker dan berisiko digantung akses kepada trading account.

cl-trading-sessions

Untuk mengelakkan ia terjadi, antara solution yang biasa saya gunakan adalah scheduled order.Yela, kalau position kita masuk pukul 9:23PM lepas tu pukul 12:00AM atau pukul 1:00AM market masih belum capai target profit yang diinginkan. Tapi mata dah mengantuk. Jadi pilihan yang ada adalah schedule order untuk offset position yang ada. Kalau ada long position, schedule la short position untuk offset dan begitulah sebaliknya sekiranya ada short position.

Scheduled Orders adalah features pada software atau trading platform yang saya gunakan. Saya gunakan platform E-Futures dan ada banyak lagi software yang available untuk melakukan scheduled order ini. Tapi dengan menggunakan E-Futures, order adalah server side. Jadi kalau internet putus ke, nak tutup laptop ke tak ada masalah.

schedule-orderTapi bukan semua broker yang ada sediakan server side order execution. Jadi alternatifnya menggunakan software yang available di pasaran yang kebanyakan nya boleh schedule atau penetapan auto-flatten order pada masa yang ditetapkan. Akan tetapi, ia adalah client-side iaitu software mestilah kekal on dan internet mesti connected.

P/S: saya sampai sekarang menanti dengan penuh harapan. Bila lah Futures Broker kat Malaysia nak ada trading platform dan features yang canggih macam ni.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top